Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 30, 2022 @ 5:19pm

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya memulakan tindakan saman terhadap Ira Kaza yang didakwa menganggu rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.

Menurut Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, tindakan sama yang dilakukan merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga selepas empat tahun memendam perasaan.

“Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak selesaikan masalah ini Tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Apabila sudah sampai tahap begini saya rasa ia biadap.

“Memang selama ini ada niat hendak ambil tindakan, tetapi masa itu saya asyik terfikir apa akan terjadi kepada saya, perkahwinan dan keluarga.

“Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan keputusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan,” kata Sarah.

Memetik laporan mStar, Puteri Sarah ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pada pagi Khamis.

Dakwaan tersebut bukan sahaja mengenai hubungan dengan Syamsul, malah Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah dengan menghantar pelbagai ugutan melalui pesanan di media sosial.

Peguam kepada Sarah telah memfailkan saman terhadap Ira di mahkamah sivil pada 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan dua hari kemudian untuk menghentikan sebarang bentuk gangguan.

Kes akan mula dibicarakan di mahkamah pada 4 Julai depan.

Sarah berharap dengan membawa kes ini ke mahkamah dapat membuka jalan buat mana-mana wanita yang turut mengalami nasib sama untuk melakukan tindakan yang terbaik.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak.

“Jadi kepada sesiapa yang sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri.

“Kalau dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain,” jelasnya.

Melalui permohonan yang dibuat, Sarah mahu Ira tampil untuk memohon maaf kepadanya dan berhenti daripada melakukan sebarang bentuk gangguan terhadapnya.

Sementara itu, Sarah enggan mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Syamsul namun suaminya itu ada datang melawat ketika anak-anak masuk ke hospital, baru-baru ini.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Mar 2018

奇怪!世界真有这么巧的事?

没想到,这个万万都真没想到,越想越是觉得奇妙,居然会有这么巧合的事情,简直不像真的——你说世界上怎么有那么巧的事呢?

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Events Thu, 23 Jan 2025

Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” Pilih Tema Busana ‘Dress To Kill’

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam penuh magis ini!

Featured Tue, 10 Dec 2024
Trending Tue, 17 Mar 2020
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial

Penyanyi Fuad Rahman kecewa dengan tindakan isterinya yang juga penyanyi, Tom yang dilihat sengaja menjaja kisah peribadi mereka di sosial media.

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

error: Content is protected !!