Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 1, 2022 @ 9:39am

“Sebelum Lagu Atau Cerita Baru Keluar, Dah Ada Yang Kutuk” – Alvin Chong Mahu Peminat Beri Sokongan Kepada Karya Tempatan

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong, 31, menyeru penggemar seni untuk terus memberi sokongan dan dorongan kepada karya seni tempatan.

Melihat ia sebagai salah satu inisiatif mengangkat industri seni Malaysia, Alvin berharap agar peminat terus memberi peluang untuk arena seni tempatan berkembang maju.

“Ada sesetengah audiens, sesebuah produk seperti drama atau lagu belum keluar pun mereka boleh mula kutuk atau kritik. Kalau ada lagu atau cerita baru, sebelum ia diberi peluang, dah ada yang kutuk… Kata tak sesuailah, lagu tak sedaplah, patut orang lain yang nyanyilah.

“Ubah persepsi terlebih dahulu dan berilah peluang kepada karya seni yang ada. Anak-anak seni semestinya mencuba untuk memberikan yang terbaik, jadi apa yang diharapkan adalah sokongan,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini, perkara ini memerlukan kolaborasi erat antara semua pihak untuk mencapai hasil yang membanggakan.

“Kalau harap satu pihak sahaja, memang tak akan jadi. Tak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Kalau kata dapat pelakon yang bagus tapi produksi tak best, ia tak akan menjadi.

“Kalau produksi bagus tapi pelakon ‘kayu’ pun, tetap tak akan jadi juga. Kena ada persefahaman dan persediaan yang cukup di situ. Semua kena bersatu padu untuk menaikkan nama industri kita.

“Kalau tak, susah sebab kita dah banyak produk yang kurang membanggakan. Jadi penonton dah ada rasa kecewa dan ada tanggapan kurang baik terhadap industri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran siri Viu Original, She Was Pretty di Tropicana Gardens Mall baru-baru ini.

Alvin membintangi sebuah drama romantik komedi berjudul She Was Pretty yang bersiaran di platform penstriman video, Viu dan bergandingan bersama Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza dan Daniella Sya.

Dua pasangan bertuah memenangi percutian ke Korea Selatan, ditemani pelakon utama She Was Pretty, Diana Danielle dan Alvin Chong dan Blimey! Untuk sebarang informasi lanjut, layari akaun media sosial Viu Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

’Tanya Diri Sendiri Macam Mana Kau Kerja’- Che Ta Berang Dakwaan Bekas Pemandu

Che Ta tampil menyangkal dakwaan bekas pemandunya di laman sosial!

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Habis pertunangan atau perkahwinan siapakah yang diadakan tu?

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Dato’ Fazley Yaakob Dimalukan?

Orang berbudi kita berbahasa. Hormatilah privasi orang kalau nak ambil gambar sekalipun.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

‘Jangan Ingat Kami Ni Artis, Kami Tak Berhak Nak Bersuara,’ – Fasha Sandha

Saya tau saya buruk. Sebeb tu saya kata, I embrace my flaws. Kalau tak faham, bukak kamus pls. Fahami apa itu erti FLAWS. Ok?

error: Content is protected !!