Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina December 19, 2019 @ 11:00am

Dato’ Fazley Yaakob Dimalukan?

Penyanyi yang juga chef selebriti popular iaitu Dato’ Dr. Fazley Yaakob, baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaannya. Eh, kenapa?

Dr. Fazley Yaakob menerusi laman media sosial Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir masyarakat yang memalukan keluarganya apabila tidak menghormati privasi mereka ketika sedang bercuti.

 

 
Kejadian yang memalukan diri dan keluarganya itu berlaku apabila terdapat sebuah keluarga yang berteriak memanggil mereka dan mengambil gambar keluarganya secara sembunyi.
“Kalau dia minta elok-elok mesti saya bagi, atau tanya dan sapa serta memberi salam mesti saya akan jawab. Masalahnya, masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat?,” bengang Dato’ Dr. Fazley Yaakob.
Dr. Fazley Yaakob kemudiannnya menegur keluarga berkenaan untuk selfie bersama namun ditolak pula oleh salah seorang daripada keluarga tersebut dengan memberikan jawapan bahawa mereka tidak berminat dengan artis. 
 
Melihat kepada posting yang dimuat naik, kejadian tersebut semestinya memberi kekecewaan buat Dr.Fazley Yaakob dan keluarganya.
 
Apa-apapun, orang berbudi kita berbahasa. Kalau tidak minat dengan mana-mana artis sekalipun janganlah pulak cakap di hadapan artis tersebut. 
 
Semoga yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Peace!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 28 Oct 2025

“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Kamal Adli merayu agar isterinya, Uqasha Senrose, tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik

Featured Fri, 23 Dec 2022

Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik buat Syamsul – Yusof Haslam

Featured Wed, 18 Jun 2025
Featured Thu, 13 Mar 2025

Rugi Setengah Juta, Noraniza Idris Keluar Duit Sendiri Bayar Gaji Pekerja – “Saya Kumpul Wang Persembahan & Simpanan Anak-Anak”

Noraniza berharap agar pihak terlibat memberikan kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 Sep 2019
error: Content is protected !!