Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain July 7, 2022 @ 8:46pm

Dituduh Edit Video Anak Mengamuk Untuk Viral, Ini Jawapan Zarina Zainuddin – “Ingat Saya Ni Tak Ada Otak Ke?

Pelakon Zarina Zainuddin tampil menjawab dakwaan netizen mengenai dirinya yang menyunting video anak mengamuk semata-mata untuk viral, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina menyatakan dirinya sudah lama tidak berkongsi video anaknya mengamuk.

“Saya dah lama tak post video anak saya tengah mengamuk, yang saya post anak saya tengah makan dan anak saya tengah dalam keadaan terkawal.

“Video yang tular di sosial media tu video saya buat live tengah memasak dan orang rakam video tengah live tu bukan saya yang post edit video tu,” tulisnya.

Umum tahu, anak kembar pelakon itu, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil) menghidap autisme.

Namun, ibu kepada kedua-dua anak istimewa itu meluahkan rasa kecewanya apabila pelbagai tohmahan yang diterima dan tidak akan memaafkan individu tersebut.

“Macam-macam saya kena tohmah dengan masyarakat yang tak tahu apa-apa main tuduh tuduh jer.. saya tak akan maafkan orang yang fitnah saya! Lagi-lagi melibatkan anak saya.

“Ingat saya ni tak ada otak ke .. saya share mana yang saya patut share kesusahan kepayahan segalanya saya tanggung sendiri.. terima kasih atas komen-komen anda,” luahnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dari peminat dan rakan artis yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada pelakon itu.

“Sabarlah Kak Ina .. kita ni tak dapat puaskan hati semua orang,” komen Ifa Raziah.

“Sabar Kak Ina. Manusia yang berkata buruk tu dah berhutang besar dgn kakak. Hutang yang takkan terlunas kecuali datang minta maaf dengan Kak Ina,” tulis Catriona Ross.

“You are strong my beautiful friend. Sabar sis and stay beautiful inside out ye,” komen seorang peminatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Pilih Tak Penuhi Jemputan Rumah Terbuka, Azza Elite Bimbang Reaksi Orang Terhadap Anak Autisme

Azza Elite bimbang kehadiran anaknya, Adam yang autisme boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada tuan rumah dan tetamu lain.

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Trending Tue, 13 Oct 2020

Malaysia Bakal Penerima Utama Vaksin Covid-19

Semoga vaksin ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Bapa Tomok Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Allahyarham Ismail Bin Salam…

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Noraniza Idris Teruja Pertama Kali Buat Konsert Besar

Sepanjang 30 tahun karier saya, inilah baru pertama kali saya mengadakan konsert besar-besaran.

error: Content is protected !!