Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 12, 2022 @ 1:30pm

[VIDEO]”Bukan Ada Babak Atas Katil Pun…” – Teruk Dikecam Gara-Gara Rakam Video Dengan Anna Jobling, Da’i Syed Dituduh Gatal

Selepas kontroversi melibatkan kes gangguan seksualnya, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamallullail, 27, mengakui menerima respon negatif dalam kalangan peminat selepas memuat naik video bersama pelakon utama drama rantaian Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling.

Meskipun sedar terhadap kontroversi yang berlaku namun, beliau mengakui agak sukar untuk menutup mulut orang terutamanya peminat tegar pelakon tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Jenayah Seksual Dai’ Syed Ditarik Balik Atau Diteruskan? Semuanya Akan Diketahui Pada…

Bagaimanapun, Da’i Syed menjelaskan video berdurasi 8 saat itu bukanlah keterlaluan sehingga hangat diperkatakan.

Ini kerana, dalam video tersebut dia dan Anna hanya duduk bersama. Malah, ketika video tersebut dirakam, terdapat ramai lagi krew yang terlibat.

“Hanya kerana video lapan saat itu heboh diperkatakan orang. Bukannya ada perbuatan keterlaluan seperti duduk di atas riba atau babak atas katil.

“Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah, saya juga tidak duduk rapat dengan Anna.

“Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang dikatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja tidak kena,” katanya.

Bosan dengan pelbagai spekulasi yang timbul serta kritikan yang dilemparkan terhadapnya, Da’i Syed bagaimanapun enggan mengulas isu tersebut dengan lebih lanjut kerana video itu hanyalah untuk tujuan mempromosikan drama mereka sahaja.

Untuk rekod, video Tik Tok tersebut telahpun di tonton lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu.

@daisyed_ Hi melur ✨ @annajobling ♬ suara asli – kepolo – AZ

 

ARTIKEL BERKAITAN:Da’i Syed Dedah Tidak Dipanggil Stesen TV Gara-Gara Terlibat Kes Jenayah Seksual

ARTIKEL BERKAITAN:“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Guna Taktik Ajak Mangsa Datang Rumah, Isu Da’i Syed Makin Panas!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Anak-Anak Sharifah Shahirah Mencuit Hati Ramai- “Semua Muka Anime, Yang Lelaki Duduk Macam Nak Bersanding!”

Woww, macam anime ek semua gaya 🤣 Sempoi la dapat ibu macam Shiera ni 🤩

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Sherry Al Hadad Kunjungi Kediaman Bekas Wartawan 999

Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat Abang Mazidul. Insya Allah…

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Lucu! Gelagat Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Single Cemburu – “Malasnya Nak Bernafas…”

Pasangan suami isteri Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Baru-baru ini, Syed memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya […]

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja

Featured Sun, 12 May 2019
Hiburan Thu, 13 Dec 2018
error: Content is protected !!