Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 13, 2022 @ 3:40pm

“Isteri Boleh Cari Tapi Mak…”- Fikry Ibrahim Sebak Kongsi Perihal Ibu, Percaya Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan

Pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim kelihatan sebak tatkala berkongsi mengenai perihal ibunya yang kini sedang menderita sakit angin ahmar.

Menurut Fikry, dia langsung tidak kisah terpaksa berulang-alik  dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah demi mencurahkan kasih sayangnya terhadap ibu tercinta sekaligus terpaksa menolak tawaran sekiranya melibatkan tempoh yang agak lama.

“Buat masa ini memang saya memilih tawaran kerja. Jika melibatkan tempoh masa panjang atau komitmen besar saya terpaksa tolak. Ini kerana, saya sentiasa berulang-alik dari KL ke Kedah demi ibu. 

“Sebab itu jugalah saya kurang muncul di media sosial. Lebih banyak luangkan masa untuk keluarga terutamanya ibu saya,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Betul Saya Kahwin, Beritahu Isteri Saya, Tolong Balik Rumah” – Fikry Ibrahim

Berkongsi mengenai keadaan ibunya, Bibi Zaleha, 74, Fikry menjelaskan ibunya menghidap serangan stroke disamping mengalami masalah ingatan yang membuatkan beliau terkadang lupa akan namanya anaknya itu.

“Sukar untuk saya ungkapkan perasaan apabila berdepan situasi itu. Jadi, selagi ibu masih ada, saya ingin memanfaatkan masa bersama sebaiknya dengan dia. Alhamdulillah, adik-beradik dan saudara-mara juga turut mengambil giliran menjaga ibu di kampung. 

“Bayangkan kalau ibu lupa nama kita.

“Isteri boleh cari, anak boleh buat… tapi mak?” jelasnya.

Pelakon drama rantaian Kerana Dia Suka ini juga memaklumkan dia kini kurang berinteraksi di media sosial kerana banyak menggunakan masa untuk diri sendiri dan fokus kepada keadaan ibunya itu.

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Oct 2021
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Featured Wed, 17 Nov 2021

“Hari-Hari Tanpa Jemu Abah Tunggu Kat Office Nak Lunch Sekali” – Netizen Puji Tindakan Wanita Luangkan Masa ‘Lunch’ Bersama Ayah

Sebuah klip video memaparkan seorang ayah yang sanggup datang ke pejabat anaknya setiap hari untuk makan tengah hari bersama viral di laman TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @triplea201911, berkongsi tentang […]

Trending Thu, 21 Apr 2022
Featured Mon, 15 Jan 2018

Siapa Berisiko Hidap Kanser Kulit?

Tidak ramai wanita yang mengambil serius tentang bahayanya kanser kulit. Ini kerana kanser kulit jarang diperkata atau diberi perhatian berbanding kanser payudara dan kanser pangkal rahim. Namun tahukah anda, kes kanser kulit telah meningkat sejak […]

Trending Thu, 7 Feb 2019
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

error: Content is protected !!