Featured By: Salma Syahbuddin July 14, 2022 @ 9:00pm

“Makin Pelik Hajah Niqabis Ni….” – Netizen ‘Busuk Hati’ Kritik Penampilan Neelofa, Siap Minta Buka Niqab Lagi!

Sejak akhir-akhir ini nama pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor hangat diperkatakan selepas produk inai keluarannya tular di media sosial.

Meskipun, sudah memberi kenyataan balas terhadap persoalan yang dibangkitkan netizen, namun masih ramai pihak yang tidak berpuas hati dan membandingkan inai keluarannya dengan selebriti lain.

@ainholib Korang kena cuba dlu baru blh kondem bukan2. Tak cuba tak tahu.. kalau dah tahu cnfrm jatuh hati 😍 #innainunha#innaineelofa#fyp ♬ original sound – Ain Holib

 

Tidak habis disitu, timbul pula warganet yang seolah-olah ‘menuang minyak tanah ke atas api’ apabila mempersoalkan penampilan beliau baru-baru ini.

Malah, turut menyifatkan penampilan Neelofa itu sebagai melampau dan tidak sesuai dengan keadannya yang kini memakai niqab.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai @lilacfla, dia menegur penampilan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu yang dilihat semakin pelik.

Bahkan, dia turut memberi pandangannya dan meminta Neelofa untuk membuka sahaja niqabnya itu.4

 

Sementara itu, ada juga segelintir warganet yang menyifatkan tindakan Neelofa dalam menggayakan fesyen sebegitu boleh mengundang tabarruj.

Menjengah reaksi tweet terbabit, rata-rata warganet dan peminat bekas pengacara Nona ini tidak berpuas hati dengan pendapat dan pandangan yang diberikan oleh individu terbabit seolah-olah golongan ini ‘busuk hati’ kerana menurut mereka, fesyen yang digayakan oleh Neelofa tidaklah keterlaluan sehingga mengganggu pandangan orang lain.

Untuk makluman, Tabarruj menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya. Sedangkan menurut pendapat al-Zujaj, tabarruj adalah menampakkan perhiasaan dan semua hal yang boleh merangsang syahwat lelaki.

 

 

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Panas! Fattah Amin Bengang Netizen Salahkan Fazura

Didakwa isteri Fattah Amin, Nur Fazura adalah penyebab kelab peminat The Fa Team dibubarkan. Apa kes ni?

TECH Wed, 7 Nov 2018
Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

Featured Wed, 25 Jan 2023