Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 6:23am

“Pergi Thailand Berminggu-Minggu Kerja, Tinggalkan I Dengan 3 Anak Terkontang-Kanting” – Nadya Syahera Tertekan Dengan Suami?

Pelakon Nadya Syahera, 29, mendedahkan dirinya tertekan kerana terpaksa mengelola hal rumah tangga bersendirian kerana suaminya, Fizul Nawi terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories Nadya pada Rabu, aktres drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna ini mendakwa suaminya, Fizul Nawi seakan tidak mengendahkan apabila dia cuba berkongsi masalah yang dihadapi olehnya.

“Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.

“Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.

“Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami), Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.

“Saya duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau dapat luahkan dan dia buat saya senang, boleh juga kurangkan rasa sayu ini. Nak cuba cakap pun takut. Jadi lebih baik diam dan pendam sahaja,” tulisnya.

Lama memendam rasa, Nadya juga mendedahkan anak-anaknya sering menjadi tempat untuk dirinya menyalurkan rasa marah.

“Saya kerja untuk anak-anak dan bila ada duit memang banyak dihabiskan untuk mereka. Tiada cara lain yang buat saya gembira melainkan melihat anak-anak gembira. Kasihan apabila saya stres mereka terkena tempias.

“Aleena dan Mamad kerap kena marah kebelakangan ini sebab saya penat. Anak-anak apabila hendak membesar ada sahaja perkara dilakukan yang buat saya marah.

“Saya memang cepat terasa kalua dia pergi bersenang lenang lepak shisha bagai sedangkan saya bertungkus lumus uruskan tiga orang anak seorang diri,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadya dan Fizul pernah mengalami masalah rumah tangga pada 2019 selepas aktres itu mendedahkan kecurangan suaminya.

Berkahwin pada September 2015, rumah tangga Nadya dan Fizul diserikan dengan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Mon, 17 Nov 2025

“Kepada Haters Teruskan Membitter & Membusuk”- Intan Najuwa

Lebih memeranjatkan terdapat segelintir dalam kalangan netizen  yang sanggup mereka cerita semata-mata mahu menjatuhkannya.

Featured Fri, 3 Apr 2026

Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Kongsi Status Berpisah, Tak Serik Kembali Jalin Hubungan Cinta

Kata Emma dia reda menerima ketentuan itu walaupun berasa kurang selesa berkongsi mengenai hal peribadinya kepada khalayak.

Featured Mon, 10 Nov 2025

“Nubhan Diam Tapi Ramai Yang Nak Jadi Hamba Dia Sebar Fitnah”- Dr. Afifah

Dr.Fie seolah-olah memberi bayangan bahawa ramai pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya menyamar dan menggunakan akaun palsu untuk menimbulkan kekeliruan.

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Jue Aziz Sah Sudah Bercerai

Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal kini sah bercerai

error: Content is protected !!