Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 16, 2022 @ 10:52am

Riena Diana Tinggalkan Hot FM

Penyampai radio Hot FM, Riena Diana atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri sebagai penyampai radio Hot FM.

Riena mengambil keputusan ini bagi memberi fokus kepada dua drama yang dibintanginya, yang akan menemui penonton dalam masa terdekat.

Keputusan itu telah dipersetujui oleh aktres Kampung People itu bersama pihak pengurusan dan hari terakhir Riena ke udara adalah pada Jumaat, 15 Julai 2022.

“Ini adalah satu keputusan yang sukar buat saya kerana bidang lakonan dan radio adalah dua bidang yang sangat saya cintai. Pengalaman di radio banyak mengajar saya meningkatkan skill interaksi dengan pendengar, juga tetamu jemputan.

“Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mempraktikkan sesuatu watak dalam lakonan. Skill komunikasi saya juga bertambah baik sejak mula ke udara di Hot FM.

“Setelah beberapa kali perbincangan dilakukan antara pihak Hot FM juga pihak produksi, kata sepakat telah dilakukan, yang mana saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada komitmen lakonan dan penggambaran drama di TV3,” katanya.

Riena memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di Hot FM pada awal Februari 2021 menerusi gandingan bersama Fizie & Mark Adam (Geng Pagi Hot).

Kemudian selepas berlakunya rombakan di Media Prima Audio, Riena digandingkan bersama Haziq menerusi segmen Sembang Squad sehinggalah Haziq mengumumkan tidak lagi ke udara di Hot FM bulan lepas.

“Komitmen saya bersama pihak produksi drama mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan dan saya mempunyai beberapa drama lain yang akan bermula tidak lama lagi.

“Jadi, sukar buat saya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada Hot FM berikutan kekangan masa dan tuntutan penggambaran, tambahan pula Hot FM juga mempunyai strategi dan perancangan bagi suku ketiga dan keempat tahun ini.

“Ini bukanlah keputusan mudah buat saya, namun ini adalah jalan terbaik yang perlu saya ambil buat masa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya dan pastinya saya akan merindui ruang udara Hot FM,” katanya lagi.

Pihak pengurusan Media Prima Audio (MPA) terutama Hot FM akur dengan keputusan yang dibuat oleh Riena setakat ini, malah pihak pengurusan MPA juga akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapan beliau di masa akan datang.

Pihak Hot FM merakamkan setinggi penghargaan, kasih sayang dan terima kasih kepada Riena Diana sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822.

Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Mana Ada Rombongan Merisik, Mereka Datang Berayalah…

Tambah ibu kepada Engku Aleesya ini, kedatangan keluarga Shahir ke rumahnya tiada kaitan dengan majlis merisik atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan mereka.

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Super Junior’s Heechul Sells Off Car To Prevent Making Mistakes

Heechul said that he never wanted to hurt anyone else so he decided to sell off his car.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Netizen Nasihat Anak Norish Karman Jangan Memilih Kerja, Bantu Cari Rezeki Keluarga – “Lifestyle Macam T20, Tapi…”

netizen menitipkan pesanan kepada Amanda untuk berusaha keras mencari kerja dan tidak memilih

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
error: Content is protected !!