Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2022 @ 7:17pm

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Suami Beri RM50 Beli Barang Kecantikan Isteri Dikecam

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai luahan hati seorang lelaki yang meluahkan perasaan kecewa apabila isterinya mula tidak menjaga kecantikan dan badan sendiri selepas bersalin anak pertama.

Berdasarkan sebuah ciapan yang memuat naik tangkapan skrin video tersebut di TikTok, lelaki berkenaan mengakui sudah merasa bosan dengan perkahwinan yang memasuki tahun kedua.

Tambahnya lagi, dia turut memaklumkan tidak pernah putus memberi wang berjumlah RM50 kepada isterinya untuk membeli barangan kecantikan wanita.

Malah, lelaki tersebut dikatakan mampu untuk berkahwin lain dengan bergantung kepada gajinya berjumlah RM1,500.

Lantaran itu, ciapan tersebut telah meraih perhatian netizen yang memberi pelbagai respons terutamanya dalam kalangan wanita sehingga tular di serata media sosial.

Menurut mereka, RM50 tidak mencukupi untuk membeli barangan kecantikan dan jagaan wanita yang lengkap.

Malah, tambah mereka lagi alat solekan pun sudah mencecah lebih dari RM50.

   

Dalam pada itu, rata-rata netizen menasihati individu tersebut untuk menghargai isterinya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat pertama mereka.

2. Rapid KL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur

Baru-baru ini, sebuah gambar memaparkan dua penumpang menaiki tren Rapid KL ditegur gara-gara tidak memakai pelitup muka dan melanggar peraturan makan ketika menggunakan pengangkutan awam.

Susulan itu, satu ciapan yang dibuat oleh akaun Ask RapidKL di Twitter menegur penumpang tersebut mengenai perbuatan mereka itu.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan Maggi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.

“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” tulisnya.

Lantaran itu, ciapan tersebut seolah-olah telah memakan diri sendiri apabila ramai pengguna pengangkutan awam menyelar kenyataan Rapid KL tersebut.

Rata-rata daripada mereka meminta pihak Rapid KL untuk memperbaiki servis dan sistem mereka terlebih dahulu yang gagal diperbaiki sebelum menegur seseorang secara terbuka.

Antara isu yang dibahas oleh pengguna Rapid KL adalah kekerapan perkhidmatan tren, eskalator yang sering rosak dan isu teknikal sehingga para pengguna sering perlu menunggu lebih lama ketika waktu puncak.

3. Kecoh Niaga ‘Cedok Live’ Haram, Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Umum sedia maklum, trend niaga ‘cedok live’ di aplikasi TikTok semakin menjadi perbualan hangat di media sosial.

Tidak dinafikan ramai peniaga yang mula menggunakan platform TikTok untuk mempromosikan sesuatu barangan jualan.

Namun itu, gempar di media sosial sejak kelmarin mengenai hukum hakam trend meniaga ‘cedok live’ ini rupa-rupanya mempunyai unsur ‘Gharar’ dan tidak sah.

Isu tersebut telahpun dijelaskan oleh penceramah bebas, PU Amin menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, sehingga kini masih ada lagi para peniaga yang menggunakan kaedah tersebut, namun mereka menukarkan konsepnya sedikit dengan menggunakan cara timbang seakan menjadi trend terbaru.

Malah, ada juga peniaga yang mendakwa cara tersebut adalah patuh syariah kerana mereka akan timbang terlebih dahulu hasil ‘cedok’ supaya setiap pembeli akan dapat barang yang sama rata.

Tinjauan di ruangan Twitter mendapati ada dalam kalangan netizen yang cuba menegur peniaga yang menggunakan kaedah tersebut, namun mereka dibalas dengan tohmahan.

 

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Nikah Ikut Prosedur Fattah Amin dan Fazura

Fattah Amin dan Fazura mengikut prosedur bernikah seperti orang biasa dan wakil JAWI juga turut ada

Hiburan Fri, 18 May 2018

「贼教主」戴佩妮回马开唱! 527门票开卖

金曲歌后PENNY戴佩妮811返马当偷心贼,歌迷朋友们快来抓贼吧!

Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Hiburan Thu, 15 Feb 2018

SLAM, EXIST RANCANG ‘BERSATU’

Baik Zamani mahu pun Ezad Lazim, kedua-dua artis popular ini masih masih hangat dan menjadi rebutan pihak penganjur sehingga kadangkala  terpaksa berkejar ke lokasi lain pada hari yang sama untuk memenuhi undangan serta mengubati rindu peminat.

Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱