Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2022 @ 6:20am

“Mama, Am I Dreaming?” – Wajah Aisha Retno Terpampang di New York Times Square

Penyanyi remaja, Aisha Retno, 22, mencipta sejarah manis apabila wajahnya terpampang di billboard New York Times Square, Amerika Syarikat sebagai duta kempen EQUAL daripada Spotify, mewakili Malaysia dan Singapura untuk Julai 2022.

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, dia sangat bersyukur, gembira dan semakin tidak sabar untuk terus berkarya buat para peminat.

“Saya sangat-sangat bersyukur dan tentunya semakin berdebar selain tidak sabar untuk melancarkan single terbaru saya berjudul Sutera bersempena perwakilan saya dalam kempen EQUAL ini untuk memperkasakan wanita.

“Kepada para peminat saya, saya mahu ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua, siapalah Aisha Retno yang sekarang. Anda tetap setia dengan saya sejak saya mula-mula menyertai program nyanyian hinggalah sekarang. Jadi, kemunculan saya dalam kempen EQUAL ini adalah sedikit cenderahati untuk anda semua.

“Seterusnya, nantikan hadiah yang akan datang pada akhir bulan ini, lagu Sutera yang banyak bersangkut paut dengan darjat seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha semestinya berterima kasih kepada kempen EQUAL dan label yang menaunginya, Sony Music Entertainment Malaysia.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada kempen EQUAL dan label saya, Sony Music Entertainment Malaysia yang tak putus-putus membantu dan sama-sama bekerja dalam industri hiburan ini. Walaupun baru dua tahun saya dalam industri, tetapi label saya banyak berusaha dan berjasa kepada saya untuk mengukir nama sebagai penyanyi.

“Kata-kata tak mampu menggambarkan betapa saya berterima kasih kepada mereka, saya juga amat berterima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana mereka lah tulang belakang saya selama ini. Ini baru titik permulaan, semoga Sutera yang bakal saya lancarkan tidak lama lagi mendapat sambutan hangat daripada para peminat,” katanya lagi.

EQUAL adalah satu kempen global dan ‘evergreen’ yang memperjuangkan ekuiti (hak sama rata) wanita dalam muzik. Ia menampilkan senarai lagu EQUAL dan ‘sister program’ di 35 pasaran dan menembusi lebih 50 negara dari Jepun, Argentina, Poland dan United Kingdom.

Berdasarkan kajian Annenberg pada tahun 2020, industri audio tidak mendapat ekuiti sempurna kerana hanya 1 daripada lima artis adalah wanita. Justeru, pihak Spotify mengadakan kempen EQUAL di mana hasil karya wanita dapat didengari sepanjang tahun dengan lebih meluas oleh pencinta muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 25 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek Dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019!

Tahniah diucapkan buat semua peserta DFKL 2019!

Trending Tue, 4 May 2021
Events Thu, 21 Feb 2019

Spotify Gets You Ready for BLACKPINK’s World Domination

Aren’t you excited for the upcoming weekend?

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting Habis Ayah Yuna, Cayalah!

bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan mendendangkan 2 buah lagu di majlis perkahwinannya

Featured Tue, 7 Sep 2021
Featured Tue, 6 Dec 2022
Trending Mon, 14 Jun 2021
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

SM Super Boy Group Sets to Debut featuring Members of SHINee, EXO and NCT

Can you imagine the power they’ll have? OMG! Wig!

Events Wed, 31 Oct 2018
error: Content is protected !!