Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2022 @ 8:46pm

[VIDEO] “Hampir Setiap Hari Dia Dipukul Hanya Disebabkan.…” – Saksi Dedah Kisah #JusticeForAlia

Isu membabitkan kes penderaan yang tular di media sosial semenjak pagi tadi sehingga kini masih membangkitkan rasa amarah netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Terbaru, seorang pempengaruh yang juga penghuni rumah tersebut yang dikenali sebagai Aqil membuat pendedahan dan penjelasan mengenai nasib anak kecil itu sepanjang berada di rumah suspek.

Difahamkan, Aqil bersama tiga rakannya yang lain berada di rumah pengasas kosmetik itu atas urusan kerja.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Aqil menjelaskan mangsa bernama Alia yang berusia empat tahun kerap dipukul setiap kali tiba waktu makan.

“Saya dan rakan-rakan saya empat orang duduk di rumah itu dan bekerja. Kami dah tak tahan bila kami duduk situ nampak Alia dipukul sebegitu setiap kali makan,” ujarnya.

@theaqil7

Abang abang and kakak akan dapatkan keadilan untuk alia okay ? kami sayang alia🥲🤍🤲🏻 #justiceforalia

♬ som original – Atlantic Notes

Mengulas lebih lanjut, Aqil berkata Alia adalah seorang anak yang tidak nakal dan sangat baik.

“Bukan dipukul sebab nakal atau sebagainya, Alia adalah seorang budak yang sangat baik dan tidak nakal, sekalipun tak pernah melompat dan lari-lari.

“Hampir setiap hari Alia dipukul hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan dan kenyang.

“Jadi saya dan rakan-rakan sekerja saya bercadang untuk merakam kejadian yang berlaku secara senyap untuk mendapatkan keadilan untuk Alia.

“Alia diambil menjadi anak angkat pada bulan Februari tahun ini. Jadi tak sampai setahun majikan saya membela dia,” jelasnya.

Sementara itu, Aqil turut bercerita mengenai keadaan sebenar yang berlaku sebelum suspek dan suaminya ditangkap oleh pihak berkuasa.

“Sehari sebelum saya pergi ke balai polis untuk membuat laporan, kami berjaya merakam beberapa video Alia didera pada masa petang dan sewaktu malam secara.

“Sejurus itu, kami meminta pertolongan daripada rakan rapat untuk membawa kami berempat keluar daripada rumah itu untuk membuat laporan.

“Jadi, semalam saya dan rakan-rakan saya telahpun membuat laporan di IPD Kajang. Selepas segala siasatan dan rekod telah dibuat, pada jam 12:14 tengah malam tadi majikan saya bersama suaminya telahpun direman,” ujarnya.

@theaqil7

#justiceforalia

♬ original sound – AQIEL – AQIEL

Memetik laporan mStar, difahamkan Alia merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang tidak didaftarkan serta tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujar Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan.

Artikel Berkaitan: “Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

“Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Apa jua masalah, ibu bapa pasti akan sentiasa mendoakan anak mereka

Hiburan Tue, 21 Apr 2026
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Here’s the Full List of Winners at the 2018 Melon Music Awards

There are over 30 awards given out that night!

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Belum Sedia Hamil Lagi, Biarlah Arif Membesar Dulu

Dengan jumlah pengikut serama 573,000 di laman Instagram kanak-kanak comel ini, tidak hairanlah Ariff dilihat mampu ‘mencaras’ populariti ibunya sendiri.

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

BTS’ RM Stands for Ringgit Malaysia?

He be making them money fly.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Wanita Lain, Melly Goeslaw Curang Dengan Polis?

Alamak, betul ke ni Melly Goeslaw curang? Siap ada surat terbuka lagi tu

Featured Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Thu, 16 Nov 2017

超爆笑乱入婚纱照,到底谁才是主角啊?

摄影师在按下快门的那一刻,可说是将许多扣人心弦的精彩瞬间永久定格在镜头中。除了一辑美美哒的婚纱照,有时的不完美,会让照片多了一份收藏的价值。

error: Content is protected !!