Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2022 @ 3:18pm

Kesihatan Terjejas Kerana Rokok & Vape, Ramai Yang Jadi Mangsa! NGO Gesa Tindakan Sewajarnya Diambil!

Dalam diam ramai yang dah menjadi mangsa akibat penggunaan rokok, vape dan pods yang semakin popular dalam kalangan anak-anak remaja.

Kalau korang nak tahu, kerajaan telah membelanjakan RM2.92 bilion pada tahun 2004 bagi merawat tiga penyakit utama yang berkaitan dengan kanser paru-paru. Kos ini terus meningkat kepada RM6.21 bilion pada tahun 2020 dan ianya dijangka akan terus meningkat kepada RM8.77 bilion pada tahun 2030.

Jumlah ini jauh berbeza dengan hasil kutipan cukai tembakau yang berjumlah RM 2.97 bilion pada tahun 2020.

 

Bahaya EVALI yang ramai tak tahu!

E-Cigarette and Vaping Products Associated Lung Injury atau lebih dikenali dengan nama EVALI merupakan satu penyakit yang muncul sejak 3 tahun lepas akibat daripada penggunaan rokok elektronik atau vape.

Nak tahu bahaya ke tak rokok elektronik ni, negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape (dasar total ban).

Di Malaysia pun dah ada kes EVALI walaupun masih ramai yang tak tahu. Menurut Dr Mohd Afiq Mohd Nor, Pakar Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, beliau sendiri bersama pakar lain telah mengendalikan dua kejadian Kes EVALI dalam kalangan remaja.

Korang kena tahu kandungan yang terdapat di dalam cecair vape dan pods ni telah dibuktikan mengandungi ribuan bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan dan lebih menakutkan lagi ada di antara bahan-bahan ini boleh menyebabkan kanser.

Netizen perlu lebih peka isu rokok & rokok elektronik!

Dah banyak perkongsian di media sosial berkaitan kesan penggunaan rokok elektronik. Namun, masih ramai yang ambil mudah. Baru-baru ini saudari Aleesya9898 di twitter berkongsi video seorang remaja yang dadanya ditebuk kerana penggunaan pods.

Pelbagai reaksi diberikan netizen, ada yang cakap dah berhenti, ada yang tak percaya dan ada juga yang berkongsi pengalaman anak-anak mereka jatuh sakit kerana asap rokok.

Justeru itu, tak hairanlah NGO menggesa tindakan yang sewajarnya diambil melalui pelaksanaan Generational Endgame (GEG) di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 iaitu larangan pembelian, penjualan, pemilikan dan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2005.

Usaha ini penting bagi memastikan jumlah perokok turun kepada kurang daripada 5% menjelang tahun 2040  tercapai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Mar 2021
Featured Thu, 19 Dec 2019

Ambil madu setiap pagi bantu turunkan berat badan? Ini caranya

Kajian UMT bukti madu penawar segala penyakit

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Bawa Semangat Arwah, Lefthanded Hibur Peminat Singapura 7 Mac!

Lebih membanggakan kami kerana dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat tanah air

Trending Sun, 18 Mar 2018

Sebab ‘Selfie”, Tertembak Ketika Asyik Bergambar Bersama Pistol

Kerana selfie, lelaki maut akibat tertembak kerana asyik bergambar dengan pistol

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Wed, 3 Dec 2025

Mudborn Kuasai Pawagam Malaysia, Catat Rekod Baharu Untuk Filem Mandarin 2025

Dalam masa yang singkat, karya seram-thriller Taiwan berjudul Mudborn berjaya meraih lebih RM10 juta di Taiwan.

Featured Tue, 3 Mar 2026

Individu Pelik ‘Jogging’ Pakai Baju Ala Pakistan, Yusuf Bahrin Tampil Respons – “Lagi Banyak Cakap, Lagi Nampak Keb*d*han Tu”

Pelakon, Yusuf Bahrin membidas kenyataan seorang individu yang tampil mempersoalkan tentang pakaian yang dikenakan rakan-rakannya ketika melakukan senaman baru-baru ini.

error: Content is protected !!