Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 28, 2022 @ 4:28pm

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Pendatang baharu dalam dunia lakonan, Ahirine Ahirudin, 26, mengakui risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Datuk Hattan.

Bergandingan dengan Hattan dalam filem Gadis Jolobu The Movie yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2022, gadis yang pernah menjadi wartawan penyiaran dan pengacara ini membawakan watak Jijah.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih hampir 10 juta tontonan di YouTube.

“Pada mulanya, saya risau untuk bekerja dengan artis otai seperti Hattan. Maklumlah, watak Jijah banyak dengan Atan (Hattan) termasuk babak romantik.

“Bagaimanapun, selepas saya bawa Hattan naik motosikal pusing bendang dan ronda keliling kampung, perasaan risau hilang, malah sering ketawa dengan telatah lucunya.

“Saya juga tidak kekok bergandingan dengan Khir Rahmah dan Joey Daud kerana pernah menemubual mereka.

“Mereka adalah pelakon profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan di lokasi penggambaran. Begitu juga dengan pengarah, CL Hor.

“Jijah adalah gadis yang bertugas sebagai pegawai tentera dan pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.

“Saya tidak perlu bertutur dialek Negeri Sembilan pekat sangat kerana Jijah bekerja di bandar.

“Selain dibantu Hattan dan pelakon kelahiran Negeri Sembilan, ada guru lakonan memberi bimbingan dari segi dialek dan sebagainya,” katanya.

Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Kata Ahirine lagi, filem Gadis Jolobu The Movie turut menyerlahkan sisi komedi dalam dirinya.

“Saya sebenarnya suka buat orang ketawa kerana tidak mahu berasa tekanan di lokasi. Khir dan Joey juga suka buat lawak. Jadi, saya memang ketawa dan terhibur dengan telatah mereka.

“Untuk babak aksi, saya mengalami sakit badan lebih seminggu ketika merealisasikan adegan pertarungan dengan penjahat.

“Selain dibantu koreografer aksi, saya memang ada asas dalam seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai dan Krav Maga.

“Masih banyak aspek lakonan yang perlu diperbaiki terutama ekspresi muka. Ini kerana sebelum ini saya banyak berada di belakang tabir untuk babak aksi dan lagak ngeri dalam filem,” katanya lagi.

Selain Hattan, Ahirine, Joey dan Khir, filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn Bhd turut menampilkan anak Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara bermula 4 Ogos depan. Malah, turut ditayangkan di platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY yang akan diumumkan kemudian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar

Netizen puji wajah anak perempuan pelakon, Que Haidar yang dikatakan sekali pandang seiras Fazura

Hiburan Tue, 13 Oct 2020

“Dekat Di Hati Saya Kerana…” – Achey & Nabil Sumbang RM15,000 Bantu Kajian Barah Payudara

Dua pelawak popular, Achey dari kumpulan Bocey dan Nabil Ahmad memberikan sumbangan kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES). Sumbangan sebanyak RM15,000 itu diberikan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Featured Wed, 13 Mar 2024
Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Isteri Menanti Hari Nak Bersalin, Sufian Suhaimi Sedia Mental Jadi Bapa

Sufian mengakui masih berasa berdebar memandangkan pengalaman pertama bergelar bapa bukan sesuatu yang mudah

Trending Mon, 6 Aug 2018

Kudung Kedua-Dua Belah Tangan, Gabriel Heredia Barber OKU Paling Stail!

Gabriel, kudung kedua-dua tangan mula bekerja sebagai tukang gunting rambut sejak berumur 14 tahun dan mempelajari pelbagai teknik potongan rambut dan jambang.

Featured Wed, 15 Jan 2025

Kongsi Foto Bekas Tunang, Sufian Suhaimi Siap Tinggal Kapsyen ‘Sweet’ – “Masya-Allah Sayangku”

penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya.

error: Content is protected !!