Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 13, 2020 @ 8:25am

“Dekat Di Hati Saya Kerana…” – Achey & Nabil Sumbang RM15,000 Bantu Kajian Barah Payudara

Dua pelawak popular, Achey dari kumpulan Bocey dan Nabil Ahmad memberikan sumbangan kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM)- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu diberikan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada bulan Oktober saban tahun.

Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 34, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) hasil kolaborasi mereka bersama jenama wangian popular, SugarBomb.

“Pada awalnya, buah fikiran untuk melakukan CSR ini datang daripada Nabil sendiri. Bila saya tahu sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan murni, terus saya bersetuju.

“Sumbangan ini bakal memberi manfaat kepada rawatan, penyelidikan dan pendidikan berkenaan kanser payudara.

“Sebenarnya, ia dekat di hati saya kerana ada ibu saudara saya yang menjadi ‘mangsa’ kanser berbahaya ini,” katanya.

Achey ditemui oleh xtra sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.

Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tambah Achey, dia meletakkan harapan agar sumbangan terbabit dapat memberi sedikit sebanyak impak positif terhadap kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh golongan wanita di dunia.

“Kanser memang berbahaya. Saya teringat dengan ibu saudara yang bertarung sehingga nafas terakhir melawan sakit ini.

“Saya juga ingin menitipkan pesan kepada lelaki di luar sana, kita juga mempunyai risiko untuk dapat penyakit kanser payudara ini, tapi kesedaran agak kurang.

“Tak kira lelaki atau perempuan, peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya lagi.

Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.

Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.

Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Events Wed, 6 Mar 2019

Menariknya “A Day With Hijabistas” Raikan Wanita Berhijab Sedunia

Tengok tu, wanita berhijab pun boleh kekal aktif tau!

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Hantu Jalan Kengkang Ejek Fazura?

Filem seram arahan Glen Goei dan Gavin Yap, dua pengarah yang berasal dari Singapura ini berlatar belakangkan zaman 60an dan pontianak lakonan Nur Fazura ini bukan ‘standard‘ hantu berambut panjang dan serabai ala Kak Limah, […]

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

error: Content is protected !!