Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 3, 2023 @ 3:30pm

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon dan model, Nadhir Nasar sebelum keduanya-dua melanjutkan perbualan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perbezaan ketinggian antara kedua-dua selebriti tersebut.

“Terlebih kalsium VS Terkurang kalsium,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Terpegun melihat perbezaan ketinggian yang sangat ketara antara Hael dan Nadhir, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan balas berkenaan.

“Ingat Hael lah yang paling tinggi, rupanya Nadhir tinggi lagi.

“Kami budak zaman sekarang banyak makan hati.

“Hael ni tinggi berapa? Adakah Hael tak cukup tinggi dan Nadhir tinggi betul!

“Comel! Aku ingat artis Korea tadi rupanaya Nadhir… Handsome dah bolehbertanding dengan idol ni.

“Nasib baik kulit boleh fight. Both handsome.

“Budak sekarang banayak makan hati bang,”komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 100,000 tontonan dan menerima lebih 13,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

Sekadar info, antara barisan artis dan selebriti yang turut hadir pada majlis tersebut adalah, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ameera Khan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Dia Bukan Perosak Lagu” – Floor 88 Bakal Duet Dengan Raffa Affar

Bakal berduet dengan Raffa Affar, Floor 88 tidak menganggapnya ‘perosak lagu’.

Featured Mon, 27 Apr 2020

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Keluar masuk kedai demi ilmu batik terap

Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Alahai…comel je tengok pasangan ni kan? Sama kecil, sama padan…

error: Content is protected !!