Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 3, 2022 @ 6:11pm

[VIDEO] Rakam Wanita Bergelek, Tindakan Shuk Sahar Undang Kecaman Netizen

Gara-gara merakam aksi seorang wanita sedang bergelek di balkoni, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi buah mulut warganet kerana didakwa tidak menjaga privasi wanita tersebut.

Terbaharu, Shuk Sahar telah memuat naik sebuah hantaran di platform TikTok yang memaparkan seorang wanita yang tidak dikenali sedang leka menari di balkoni sebuah kondominium.

@shuksahar #fyp #fypindonesia #singkokbagi2😅😀 ♬ suara asli – Dodi Ferdieansyah

Walaubagaimanapun, perkongsian video tersebut telah membuat warganet berasa kurang senang dengan tindakannya yang merakam dan memuat naik video tersebut di akaun TikTok miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang bersifat negatif dengan mengaitkan tentang isu keretakan rumahtangganya.

Malah, ada segelintir warganet mendakwa sikap Shuk Sahar tidak pernah berubah dan sedang mencari mangsa baharu.

Untuk info, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 1000 komen di platform tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jan 2018

IKEA杂志广告能验孕?准妈妈才能有的隐藏折扣

一向非常「广告正确」的居家业者IKEA,近期以一则创新的「测试折扣」又引起大众关注!在一页广告IKEA所生产的婴儿床图案下方,竟然可以验孕,且只要检测为已怀孕,上方将浮现折扣的惊喜价。

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Trending Fri, 20 Nov 2020
Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Wow! BTS Datang Malaysia

BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa yang terdekat

Events Wed, 15 May 2019

陈思颐离开舒适圈自立门户!任新时尚品牌首席执行长

Cindy陈思颐出任新时尚品牌MEETEE(密T)首席执行长,在发布会上自爆断交某位十年圈内好友,离开舒适圈自立门户,积极发展自己的事业!

error: Content is protected !!