Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 21, 2025 @ 3:00pm

Hati Berbunga-Bunga, Siti Hariesa Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang – “Kami Masih Dalam Fasa ‘Talking Stage’”

Pelakon Siti Hariesa mengakui dirinya kini sedang mengenali seorang jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Ketika ditemui oleh XTRA, Siti Hariesa atau nama penuhnya Siti Hariesa Muhammad, 27, menjelaskan bahawa hubungan mereka masih di peringkat awal dan dalam fasa mengenali satu sama lain.

“Masih dalam proses mengenali hati budi, kami berada di peringkat ‘talking stage’,” katanya tersipu malu.

Ditanya mengenai tempoh perkenalan mereka, pelakon drama Akad Yang Terlindung itu memberitahu bahawa mereka baru mengenali satu sama lain selama sebulan.

“Baru sebulan kenal, jadi masih dalam proses memahami satu sama lain. Mengenai identitinya, sama ada dari industri atau bukan, saya tak boleh kongsi buat masa ini.

“Saya berkawan dengan ramai orang dan tidak suka menilai sesiapa. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan semua.,” tuturnya lagi.

Hariesa berkongsi perkara ini ketika ditemui di set penggambaran drama BRU yang bakal ditayangkan di TV3 sempena Aidilfitri akan datang.

Mengenai ciri-ciri pasangan yang diidamkan, Hariesa berharap dapat bertemu dengan seseorang yang memahami serta menyokong kerjayanya dalam bidang seni.

“Saya sangat minat dengan kerjaya lakonan, jadi kalau dia boleh faham dan menyokong, itu sudah cukup baik. Sokongan itu amat penting untuk saya rasa lebih bersemangat dan tenang dalam bekerja.

Pada Januari lalu, Hariesa pernah menyatakan bahawa dia masih belum bertemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan, meskipun ada yang cuba mendekatinya.

Dalam masa yang sama, aktres ini turut menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Trending Tue, 9 Nov 2021

Jom Hantar Barang Dengan J&T, Boleh Menang Giveaway Bernilai Sehingga RM1.5 Juta!

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, memang servis kurier lah paling tak menang tangan. Yelah, bila semua shopping mall tak boleh beroperasi, memang shopping online jelah. Tambah-tambah dalam musim pandemik, memang tiap-tiap hari ada […]

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
error: Content is protected !!