Trending By: Maya Basir August 5, 2022 @ 5:33pm

[VIDEO] “Perceraian Bukan Kerana Satu Pihak Jahat” – Netizen Turut Sedih Dengan Perpisahan Noh Salleh & Mizz Nina

Berita perpisahan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan Mizz Nina amat mengejutkan dan tidak disangka oleh mana-mana pihak.

Peminat pasangan selebriti yang disifatkan sebagai saling melengkapi itu turut membuatkan hati para peminat sayu dengan apa yang terjadi.

Melalui perkongsian video di TikTok milik seorang pengguna bernama @peace, individu menyatakan bahawa tidak semua perceraian disebabkan salah satu pihak berbuat jahat namun untuk menilai semula hubungan tersebut.

@mamavirus8 Terkadang penceraian itu berlaku bukan kerana salah satu pihak jahat. Hanya kadang penceraian berlaku kerana 2 orang baik yang tidak lagi mampu meneruskan hubungan kerana hilang percaya dan hilang rasa.Yang penting penceraian itu adalah rehat sebentar untuk evaluasi adakah masih ada rasa cinta.Kerana itu wujudnya rujuk.Tetapi jika tidak juga mahu memilih rujuk, Hanya jadikan ia penceraian yang matang dan damai. Allahu mustaan. 🥹💔 #mizznina #nohhujan ♬ original sound – ameen – ameenredza

“Terkadang perceraian berlaku bukan kerana salah satu pihak jahat. Hanya kadang perceraian berlaku kerana dua orang baik yang tidak lagi mampu meneruskan hubungan kerana hilang percaya dan hilang rasa.

“Yang penting perceraian itu adalah rehat sebentar untuk menilai adakah masih ada rasa cinta, kerana itu wujudnya rujuk.

“Tetapi jika tidak mahu memilih rujuk, jadikan ia perceraian yang matang dan damai. Allahu Musta’an,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang juga merupakan pengikut Noh dan Nina meluahkan rasa sedih dengan berita perpisahan mereka dan menitipkan kata-kata semangat.

Memetik laporan Harian Metro, Nina dan Noh memfailkan penceraian pada 14 Jun dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mengambil seorang anak angkat bernama Musa sekitar April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka.

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Chazynash Kini Pegang Watak Utama Dalam Sitkom Terbaharu ntv7

Mengakui terdapat sedikit cabaran berdepan dengan kamera dan sebagainya, bagaimanakah agaknya Chazy dan isteri mengatasi masalah tersebut?

Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Cahaya Mata Fri, 21 Oct 2022
Featured Sat, 8 Oct 2022

Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Tahniah DS Aliff Syukri & DS Shahida… Ramai-ramai baru meriah rumah! 😍

Trending Sat, 3 Oct 2020