Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 15, 2023 @ 5:20pm

“Berisi Atau Kurus, Saya Sentiasa Positif” – Fasha Sandha Segan Netizen Mula Bertanya Mengenai Imej & Fesyen

Pelakon Fasha Sandha mendedahkan sering ditanya mengenai tips kurus dan penggayaan imej sejak akhir-akhir ini.

Fasha berkata, dia berasa agak segan dengan pertanyaan tips kerana menganggap dirinya hanya bergaya sederhana sahaja.

“Tak tahulah orang nak bergaya macam Fasha atau tidak, tetapi saya bergaya ikut keselesaan seperti jeans dan kemeja-T.

“Melainkan jika bekerja, mestilah saya perlu bersiap. Jadi bila orang mesej saya di media sosial dan tanya tentang tips fesyen dan sebagainya, rasa segan pula,” katanya.

Tambah Fasha, dia sentiasa positif dengan bentuk badannya dan berpesan kepada orang ramai agar tidak meletakkan kehebatan bukan kepada saiz badan.

“Apa-apapun, saya nak pesan janganlah meletakkan kehebatan seseorang itu pada saiz badannya. Apabila saya dalam keadaan berisi atau kurus, saya sentiasa positif dan tak pernah marahkan diri. Orang saja yang body shaming saya ketika berisi dulu

“Saya tak sangka diri ini yang serba sederhana memberi impak yang besar buat wanita di luar sana. Mereka mesej saya dan bertanyakan mengenai baju yang saya gayakan dalam posting Instagram kerana ia dilihat sangat selesa tetapi pada masa sama bergaya.

“Sebagai duta jenama pakaian Alfaro yang mampu milik dan bergaya, saya memang menggayakan jenama ini dan suka dengan keselesaannya,” ujarnya.

Baru saja menandatangani kontrak sebagai duta jenama itu, Fasha bersyukur hanya beberapa bulan saja, nama Alfaro terus meningkat naik dan secara tidak langsung ia dipilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award.

Menurut Pengarah Pemasaran jenama itu, Muhammad Irfan, kehadiran aktres Fasha sebagai duta memberi lebih impak dalam perniagaan mereka.

“Fasha Sandha seorang aktres yang memberi pengaruh sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung jenama ini pantas diperkenalkan dengan lebih meluas.

“Ini adalah jalinan pertama kami tetapi Fasha sudah memberi impak yang kuat. Dia sangat bersungguh-sungguh mempromosikan jenama yang diwakili kepada umum,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

“Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Indah kan kalau berlaku jujur dan adil…

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Trending Tue, 23 Jul 2019

插画家运用「巧妙的3D技术」让平面漫画都赋予新生命!

插画家运用「巧妙的 3D 技术」让平面漫画都有了新生命,一个个跳出纸面来!

Featured Wed, 30 Jul 2025
error: Content is protected !!