Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 7, 2022 @ 12:01pm

Elizabeth Tan & Suami Masih Tak Sebumbung – “Kami Anggap Hubungan Kami Seperti…”

Biarpun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memaklumkan dia bersama suaminya, Siew Jim masih belum tinggal sebumbung.

Menurut Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, sehingga hari ini mereka masih tinggal bersama ibu masing-masing dan hanya bertemu pada waktu cuti.

“Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami saling merindui satu sama lain,” katanya.

Lizzy turut menyatakan pada awalnya dia kurang senang apabila keputusan itu dibuat, namun lama-kelamaan dia boleh menerimanya.

“Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung, tapi kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.

“Lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan lebih menyukai cara ini apabila kami dapat menjaga ibu masing-masing memandangkan ibu saya dan ibu mentua tidak mahu tinggal bersama,” katanya.

Malah, Lizzy juga memaklumkan dia dan suami akan mempertimbangkan untuk tinggal bersama sekiranya dikurniakan cahaya mata.

“Kalau sudah ada anak baru kami akan mempertimbangkannya. Takkanlah saya nak jaga anak seorang diri. Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Actually, It’s Quite Hard For Me To…” – Terlalu Sibuk Bekerja, Elizabeth Tan Rancang Hamil Hujung Tahun Ini

Terdahulu, Lizzy meluahkan yang dia tidak menyangka dirinya berpeluang untuk memainkan watak utama menerusi filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof.

Lizzy juga diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu OST bagi filem itu yang berjudul Payung bersama Zizan Razak yang merupakan pelakon utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Jadi Watak Utama, Elizabeth Tan Berterima Kasih Kepada Syafiq Yusof – “Saya Ingatkan Hanya Watak…”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Trending Mon, 6 Jan 2020

The Reasons Why Mangala Spa Is The Ultimate Detox And Beauty Retreat For You!

Pamper yourself at the first ever ecological spa!

Trending Fri, 17 Aug 2018

Pemandu Bas RapidKL Dalam Keadaan Separuh Sedar

Ujian saringan awal air kencing oleh Hospital Ampang terhadap pemandu bas terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

error: Content is protected !!