Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 9, 2022 @ 7:44pm

Hajat Tak Kesampaian, Alif Satar Cipta Lagu Sempena OST Risik Pada Hati – “Tapi Bukan Rezeki”

Penyanyi Alif Satar mendedahkan dia ada mencipta single untuk dijadikan lagu tema bagi drama Risik Pada Hati yang bersiaran di Slot Akasia TV3, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Alif menyatakan hasrat untuk menjadikan lagu yang berjudul ‘Isteri’ itu sebagai lagu runut bunyi (OST) drama tersebut tidak kesampaian.

“Lagu ni Alif pujuk production untuk jadi OST. ‘Risik Pada Hati’. Tapi bukan rezeki, jadi Alif nyanyilah sikit verse dia untuk korang. Buat semua yang dinamakan Isteri…#Isteri,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Alif menyifatkan bait lirik lagu yang diciptanya itu sangat indah dan sesuai untuk digunakan bagi memujuk para isteri.

“Alif rasa lagu ni so beautiful, sweet sangat nukilan lirik dia. Mungkin korang pun boleh guna ayat ni untuk pujuk isteri korang, buat wedding song korang ke,” katanya.

Selain itu, Alif juga turut menyanyikan verse lagu tersebut menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok.

@itsalifsatar Lagu ni alif pujuk production untuk jadi OST. ‘Risik Pada Hati’. tapi bukan rezeki, jadi alif nyanyi la skit verse dia untuk korang. Buat semua yang dinamakan Isteri…#Isteri ♬ original sound – alifsatar

Sementara itu, ada juga sebuah video yang tular menerusi platfom media sosial tersebut yang menunjukkan Alif menyanyikan lagu tersebut secara penuh ketika busking.

@fqafiq @alifsatar menyanyikan lagu terbaru yang diciptakan untuk #hayfa #risikpadahati yang bertajuk #isteri #alifsatar #alifsatarandthelocos ♬ original sound – Fq Afiq

Malah, pendedahan tersebut turut mendapat pelbagai respons positif dari pengikutnya yang rata-ratanya menyukai lagu yang dicipta oleh Alif.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 29 Mar 2019

#xtraGiveaway: Here are the Winners for Disney On Ice!

Congratulations to all the winners!

Featured Wed, 28 Jan 2026

Mira Filzah Luah Hasrat Berlakon Filem Romcom – “Suka Sangat Filem Istanbul Aku Datang”

Mira Filzah meluahkan hasrat untuk membintangi filem bergenre romantik komedi (romcom)

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Bagi Jantan Lain Pegang Bini Kau, Asal Tak Jual Aje

Baru-baru ini, nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi bualan netizen apabila babak mesranya bersama Aiman Hakim Redza dikatakan tidak disenangi ramai. Ada pihak yang menyalahkan suami Sakinah, Aliff Adha, yang seperti tidak kisah isterinya itu dipeluk […]

Featured Wed, 25 Jan 2023
Featured Sat, 22 Nov 2025

Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Zainal.

familuv Thu, 25 Oct 2018
error: Content is protected !!