Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 9, 2022 @ 12:39pm

Ingin Kekal Lama Bersama Melodi, Ain Edruce Lega Digandingkan Bersama Haziq Hussni

Pengacara Ain Edruce meluahkan rasa lega apabila dapat digandingkan dengan pengacara Haziq Hussni untuk mengendalikan Melodi yang bersiaran di TV3.

Menurut Ain, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan Haziq dalam mencipta keserasian ketika mengendalikan program tersebut.

“Legalah, bila dapat tahu Haziq, lagilah saya macam okay, senang untuk kami bekerjasama.

“Sebab sebelum ni, kami dah banyak kali terima tawaran untuk bekerjasama, tetapi asyik tak jadi sebab pandemik. Tiba-tiba, ni jadi dekat Melodi. Lepas tu, jadi tetap pula tu dan ini kali pertama kami bergandingan bersama,” katanya.

Ain juga turut meluahkan keinginannya untuk kekal lama dalam sebagai pengacara yang mengendalikan program sensasi kegemaran ramai itu.

“Selagi hidup. Sebab sejak saya masuk industri, apa yang saya selalu impikan macam show-show lain macam JKK, Alhamdulillah dapat.

“Sebenarnya dream saya buat Melodi ni awal dari JKK. Tapi tak pernah dapat. Alhamdulillah, walaupun saya tunggu, finally it’s a time la,” katanya kepada XTRA.

Setelah beberapa minggu mengendalikan Melodi, Ain turut mendedahkan dia telah meraih pelbagai respons dan maklum balas mengenai cara pengacaraannya.

“Banyak komen positif, yang negatif juga sudah tentu ada. Akan ada orang di luar sana yang masih tak faham cara saya mengacara.

“Ada orang komen saya ni menjeritlah. Cara saya memang macam tu. Sebenarnya bukan saya saja-saja menjerit. Kalau orang tu memang dah kenal saya lama, mereka akan tahu suara saya ni memang ada problem.

“Untuk saya nak lontarkan suara, memang saya kena jerit dan kena force sikit. Kalau saya tak force, suara saya tak keluar,” katanya.

Jangan lupa untuk saksikan gandingan Ain Edruce dan Haziq Hussni menerusi program Melodi, setiap Ahad, pada12.30 tengah hari di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Hiburan Thu, 18 May 2023
Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Zarina Losing Her Cool After Her Son’s Struck Incident

Let’s hope things will get better for Zarina

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

KONSEP FAIRYTALE DI MAJLIS RESEPSI FATTAH-FAZURA

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz memberitahu beliau dan suami perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi.

error: Content is protected !!