Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2022 @ 3:06pm

Diserang Sawan Berulang Kali, Bapa Maklum Keadaan Ainul Mardhiah Makin Teruk – “Perit Tak Terucap Bila Tengok…”

Umum sedia maklum, bahawa sebelum ini keadaan adik Ainul Mardhiah yang dilaporkan tenat akibat jangkitan kuman merebak ke seluruh tubuh menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan terpaksa ditidurkan.

Namun, sejak beberapa hari lepas kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu dikatakan sudah tidak lagi kritikal namun masih menggunakan ventilator dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Facebook ayah Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad, beliau memaklumkan keadaan anaknya itu kini semakin teruk selepas diserang sawan berulang kali.

Menurutnya, ini adalah kali pertama Ainul terkena sawan dan ia berlaku sebanyak 4 hingga 5 kali dalam tempoh kurang 12 jam.

“Doakan Ainul. Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.
“Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur.
“Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.
“Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul. Saya redha,” tulisnya.
Malah, beliau juga berharap agar ada keajaiban dari Allah dan memohon supaya orang ramai di luar sana mendoakan anaknya itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala.
“Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.
“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah SWT izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.
“Tapi apa lah daya saya. Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami,”katanya.
Dalam hantaran yang sama juga,  Ahmad Safiuddin memaklumkan doktor kini masih menjalankan rawatan CT Brain dan Ultrasound di perut Ainul bagi mengenal pasti punca terjadinya sawan ke atas anak kecil itu.
“Semalam waktu sawan menyerang, walid ada di sisi kakak. Perit tak terucap bila tengok keadaan kakak semalam. Sakit.
“Hari ini Doktor buat CT Brain dan ultrasound di perut. Walid berharap sangat tak ada perkara yang serious menjadi penyebab kakak tiba tiba sawan semalam. Dan walid berdoa pada Allah swt, sawan semalam tidak memberi apa apa kesan buruk pada tubuh badan kakak. Kami semua sayang Ainul,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Diana Danielle Gemuruh Jadi Hos Women Talk TV3

Menerima tawaran untuk meneraju program Women Talk TV3 musim baharu sebagai hos, Diana Danielle berdepan dengan rasa gemuruh.

Hiburan Fri, 24 Oct 2025

Shila Amzah Titip Nasihat Buat Pasangan Baru Timang Anak – “Jangan Letak Tekanan Pada Diri Sendiri”

Shila Amzah selalu menangis semasa berpantang, alami ‘baby blues’ yang teruk

LIFESTYLE Thu, 7 Mar 2019

Krim Jerawat Drugstore Yang Berpatutan Dan Berkesan!

Masalah jerawat ni bukan sesuatu yang asing bagi kita. Dengan cuaca yang tidak menentu, di tambah pula dengan debu-debu dan persekitaran yang kurang bersih, tak mustahil jika jerawat datang singgah ke kulit muka kita. Ada macam-macam […]

Featured Fri, 15 Aug 2025
Hiburan Mon, 12 May 2025

“Mama, Mana Makanan Kakak? Ayam Tadi Sedap” – Kisah Nasi Dibuang Undang Air Mata Ayu Hot FM, Mahany Dedah Luahan Hati Anak

Video Mahany yang menangis menceritakan pengalaman ketika dia membeli sepinggan nasi berlauk ayam untuk anak-anak menyentuh hati.

Trending Fri, 1 Jun 2018

这件名牌上衣要价5000!网友干脆DIY用胶带黏一件

时尚的世界真的很难懂!西班牙著名时装品牌Balenciaga今年秋季推出的一款男装上衣,其令人难以理解的设计理念与昂贵的价格引发网友热烈讨论。

Hiburan Wed, 4 Mar 2020
error: Content is protected !!