Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 10, 2022 @ 12:18pm

Dilabel Terlampau Seksi, Amelina Mohon Maaf Selepas Terima Kecaman

Penyanyi dangdut Amelina tampil memohon maaf dan mengulas kecaman netizen mengenai pakaian yang dikenakannya ketika membuat persembahan dalam sebuah acara di Kuantan, baru-baru ini.

Menurut Amelina, dia tidak sangka pakaian itu dianggap mencolok mata kerana baginya busana tersebut sesuai dengan acara dan genre lagunya.

“Saya mohon maaf sekiranya pemakaian saya melukakan hati mana-mana pihak. Saya mohon maaf kepada peminat dan kepada mereka yang mengecam.

“Baju yang saya pakai itu sebenarnya labuh, ditambah pula, saya kenakan dengan kasut but. Tapi, mungkin sewaktu saya bergerak dan berjoget, ada bahagian yang nampak terdedah.

“Saya juga agak ‘bloated’ kerana dalam seminggu ini, badan saya tak berapa sihat. Jadi, mungkin disebabkan itu ada bahagian yang nampak menonjol.

“Lagi satu, setiap pakaian yang saya kenakan adalah bersesuaian dengan genre muzik yang saya bawakan selain sesuai dengan acara persembahan pada waktu siang,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi itu turut pasrah dengan perkara yang berlaku dan menganggap dunia media sosial kini semuanya tersebar dengan mudah dek kerana sikap segelintir pihak yang suka mencari salah.

“Zaman sekarang kena berhati-hati. Kadang-kadang, bukanlah kita tersalah langkah atau apa sebab kita dah rasa semuanya okay, cumanya, manusia lain akan cuba ‘korek’ dan mencari kesalahan.

“Jadi, saya pasrah sahaja sekiranya itu sudah menjadi sikap manusia,” katanya.

Terdahulu, Amelina pernah dianggap sebagai artis selekeh kerana tampil dengan gaya yang lebih ‘simple’ selepas membuat kemunculan semula dalam industri beberapa tahun lalu.

“Pada ketika itu, saya menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, dan bila masuk semula ke dalam industri, saya memang tampil ‘simple’.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, bila bekerja, saya akan tampil dengan penampilan terbaik kerana saya mahu bayaran yang saya terima itu, setimpal dengan penampilan saya.

“Bila di rumah, kita pakai pakaian yang lebih ‘simple’. Bila bekerja, kita masuk dalam karakter yang lebih bergaya, tak kisahlah kamu artis atau pun kerja sebagai kerani sekalipun. Semua orang ingin tampil bergaya,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Rindu itu turut menyifatkan disebabkan satu individu yang mengecamnya, kini media sosialnya menjadi tumpuan netizen untuk mengecam dan melabelnya terlampau seksi.

“Di Instagram dan TikTok saya iaitu @amelinaamirsharipuddin, tak banyak yang kecam sebab kebanyakannya peminat saya. Tapi, bila ada satu individu yang kongsikan di media sosialnya, ruangan komen menjadi tempat netizen menulis kecaman dan komen negatif mengenai saya,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Seloka Hari Raya’ Bentuk Avatar 3D Himpun Artis Naungan Warner Music Malaysia

Antara yang terlibat dalam pembikinannya terdiri daripada Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.

LIFESTYLE Thu, 6 Dec 2018

Maksud Penutup Warna Air Mineral Anda.

Penutup air mineral bukan sahaja di warnakan untuk branding tetapi ada maksud disebaliknya

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Raih Lebih 1 Juta Undian, Anugerah Melodi Terhangat Semakin Sengit!

Anugerah Melodi Terhangat 2025 cipta fenomena! Jangan lepaskan peluang undi selebriti kegemaran anda

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Berbisa juga ye bila gossip rumahtangga di canang boleh menyebabkan hingga kontrak ditamatkan. Bertabahlah ye

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Faye Kusairi Balas Sindiran Elly, You’ve Crossed The Line!

Mohon sedar diri tu dah meningkat umurnya, punya anak dah pun. Matangkanlah diri tu. Bahasa melambang bangsa. Awak tu orang kenal, sedarlah sikit.

Trending Wed, 6 Jul 2022

“Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…” – Fasha Sandha Dedahkan Sifat Sebenar Bekas Suami

Fasha Sandha menyifatkan bekas suami merupakan seorang yang baik hati.

error: Content is protected !!