Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 11, 2022 @ 1:47pm

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Sering digandingkan bersama, pelakon Amar Baharin akui tidak kekok berlakon dengan Isyariana menerusi drama Biarkan Ia Pergi dalam Slot Samarinda di TV3.

Menurut Amar, tidak sukar baginya untuk mencipta keserasian bersama Isyariana menerusi drama yang bakal ditayangkan pada 11 Ogos ini.

“Tak susah untuk cipta chemistry bersama sebab kita dah faham each other, dah tahu perangai masing-masing macam mana. So senang lah,” katanya.

Selain itu, Amar juga menyatakan dia sangat berbesar hati jika menerima tawaran daripada stesen TV3, namun atas beberapa faktor membuatkan dia sudah lama tidak muncul di stesen televisyen itu.

“Saya berbesar hati kalau dapat tawaran daripada Media Prima. Tapi disebabkan faktor clash dengan projek-projek dari stesen TV lain menyebabkan saya dan Isya tak dapat nak bekerjasama di bawah Media Prima.

“Last saya berlakon Samarinda pada tahun 2016. Before this, kitorang ada buat satu long series dengan stesen lain. Ambil masa shooting pun dekat setahun lebih dengan lockdown lagi.

“So, kitorang tumpukan dekat projek itu yang menyebabkan kita dah lama tak keluar kat TV3,” jelasnya kepada XTRA.

Bertanyakan mengenai kelainan dalam lakonan, pelakon lelaki itu mengatakan watak yang perlu dibawanya menerusi drama ini agak berat dan skripnya sangat berbeza.

“Obviously, skrip dia sangat lain. Cerita ini sangat heavy bagi saya dan Isya. Terutamanya Isya lah karakter dia dalam drama ni sangat berbeza dengan drama yang sebelum ni, amar

Menurut Isyariana, dia menyifatkan naskah dari drama Biarkan Ia Pergi ini sangat seronok dan menarik biarpun watak yang dilakonkan sangat berat.

“Watak dalam drama ni memang sangat berat bagi Isya. Banyak main perasaan untuk cerita ni. Biarkan ia pergi ni bagi isya jalan cerita dia unik sangat, tak pernah Isya dapat naskah yang best macam ni,” kata Isya.

Selain Amar dan Isyariana,  drama arahan Fairuz Loy ini juga akan menampilkan lakonan beberapa pelakon mantap seperti Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia, Asha Merican dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Biarkan Ia Pergi mulai 11 Ogos 2022 menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Featured Fri, 29 Nov 2024
Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Shila Amzah Minta Gelang Emas Baru, Respons Ubai Buat Ramai Berdekah!

Untunglahh tunang nak belanja gelang emasss ☺️

Featured Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Wed, 6 May 2026

“Ramai Makin Sakit Hati, Too Much Hate” – Nabila Huda Persoal Sikap Netizen Suka Menghakimi

Menurut Nabila, setiap individu mempunyai perjalanan hidup berbeza dan tiada siapa tahu ujian yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
Hiburan Tue, 15 Aug 2023

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya. Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan […]

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

‘Tak Kisah Bawa Watak Mak-Mak’- Anita Baharom Mahu Aktif Semula Berlakon

Rindunya nak tengok Anita berlakon. Teringat dulu waktu Dunia Baru, best sangat tau!

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!