Contest By: Atiqah Johari August 12, 2022 @ 9:40pm

Rebut Gelaran ‘Terpaling Juara’, Penyanyi Otai Dan Bintang Baharu Bakal Bersaing Di Satu Pentas

Stesen televisyen TV3 bakal tampil dengan program hiburan yang berkonsep baharu di mana penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah pimpinan tiga pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi merebut gelaran Terpaling Juara.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Puan Nini Yusof memaklumkan bahawa TV3 sangat berbesar hati memperkenalkan program ini dan yakin akan kemampuan tenaga kerja produksi menghasilkan program TV yang berkualiti dan menghiburkan.

“TV3 berbesar hati memperkenalkan program hiburan berkonsep baru. Saya sangat yakin akan kemampuan tenaga kerja produksi dalam menghasilkan program televisyen berkualiti dan menghiburkan.

“Pastinya, program Terpaling Juara bakal mendapat tempat di hati penonton dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya kepada Xtra.

‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan tiga orang kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel bersama-sama dengan enam orang peserta yang bakal bersiaran secara langsung selama lapan minggu.

Bagi penyanyi legenda, tiga nama besar yang popular dengan genre berbeza menyahut cabaran untuk berentap dengan penyanyi baharu iaitu Hazami, Rahmad Mega dan Ifa Raziah.

Untuk penyanyi baharu pula, Shaz (Shazreen Shaharum, 26 tahun), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun) dan Aqeesh (Aqeesh Aleya, 18 tahun) dipilih untuk bersaing dengan penyanyi otai menerusi uji bakat yang telah berlangsung pasa 2 & 3 Julai 2022.

Program ini menawarkan hadiah yang lumayan buat pemenang Terpaling Juara berbentuk wang yang berjumlah RM100,000 untuk Juara, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 bagi tempat ketiga.

Bukan itu sahaja, program Terpaling Juara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Shiha Zikir dan Haziq Hussni sebagai hos manakala Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.

Terpaling Juara akan mula bersiaran langsung pada 21 Ogos 2022 pada setiap hari Ahad dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lebih mengujakan, tiga kapten akan mengumumkan siapakah dua peserta pilihan mereka pada konsert pertama ini.

Untuk info, Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! Sebagai rakan digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ini Doa Sang Mantan Buat Emma Maembong

Semoga netizen tidak menyerang pelakon ini lagi di ruangan komen miliknya

Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama […]

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal. Ini baru dinamakan, kalau dah jodoh, tak kemana pakcik…