Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 24, 2025 @ 5:58pm

Masih Terima Komen ‘Body Shaming’, Eylia Guntabid Tak Patah Semangat – “Orang Tak Percaya Pada Bakat Saya…”

Top 6 peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Eylia Guntabid yang berasal dari Sabah ini menganggap kritikan netizen terhadap fizikal dan rupa parasnya sebagai satu penguat semangat untuk terus memperbaiki diri.

Ketika ditemui XTRA, Eylia mendedahkan dia sering menjadi mangsa ‘body shaming’ sejak berada di bangku sekolah, oleh itu dia berusaha untuk menjaga penampilan dan pemakanan terutamanya selepas menyertai pertandingan One In A Million.

“Isu body shaming ni dah jadi lumrah dalam industri. Ia kisah lampau saya. Saya tak menafikan kalau nak pergi jauh memang kena jaga penampilan diri. Sebab bakat dah ramai yang ada.

“Dulu zaman sekolah lagi teruk saya kena buli. Tambahan kempen kesedaran mengenai gejala buli pada masa itu tidak banyak. Dulu semasa saya kena body shaming berat saya mencecah 100 kilogram. Orang tak percaya pada bakat saya sebab mereka pandang paras rupa. Saya tak ambil peduli malah, cuba memperbaiki diri.

“Sekarang bila nampak isu seperti itu timbul, saya berasa kecewa sedikit sahaja. Selebihnya saya terima sebab saya sedang berusaha untuk diet dan jaga penampilan.

“Pada saya, bakat nombor satu tetapi dalam masa yang sama penampilan perlu dijaga kerana ia mendatangkan kelebihan untuk orang menyukai kita,” katanya yang bersetuju bakat dan paras rupa perlu seiring.

Eylia berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan bersama Khai Bahar sempena konsert CSOIAM untuk minggu ke-6 mengakui teruja untuk bekerjasama dengan penyanyi tersebut.

“Mula-mula saya gementar sebab dia artis lelaki Malaysia yang disukai ramai. Tetapi apabila berjumpa dengannya, semuanya berjalan lancar. Kami senang dapat chemistry. Saya selesa dapat bekerjasama dengan Khai,” katanya.

Bakal membawakan lagu ‘Dua Insan Bercinta’ nyanyian asal penyanyi Ratu Rock tanah air, Ella pada Ahad ini, Eylia dan Khai janji akan memberikan persembahan yang terbaik versi mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EYLIA EYRE GUNTABID (@eyliaguntabid)

Pada minggu ke-6 CSOIAM, semua peserta iaitu Mary Grace, Zazzleen, Jimi, Mariam, Eylia dan Khai Deva masing-masing akan berduet bersama penyanyi artis popular seperti Marsha Milan, Amir Masdi, Shiha Zikir, Aisha Retno, Khai Bahar, dan Haqiem Rusli.

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk berinteraksi mengenai program ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

THE ROCK UCAP TAHNIAH BUAT MALAYSIA!

Selepas dikenali melalui program wrestling dan kemunculannya menerusi filem-filem hebat seperti Fast Furious. The Rock sekali lagi mengulangi kejayaannya dengan filem terbaru beliau, Jumanji : Welcome To The Jungle

Featured Sat, 1 Mar 2025
familuv Fri, 25 Nov 2022

Sambut Kepulangan Dari Switzerland, Hafiz Mahamad Terharu Diraikan Pekerja

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad yang baru sahaja pulang dari Switzerland setelah bercuti bersama keluarga terharu apabila kepulangan disambut oleh pekerja-pekerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.   View this post on Instagram   […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

Featured Fri, 14 Oct 2022
Featured Fri, 26 Apr 2024
Hiburan Wed, 19 Apr 2023

Ziha Salleh Bawakan Dua Genre Dalam Cinta Malam Purnama

Tahniah Ziha dia atas single baharu!

error: Content is protected !!