Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2022 @ 7:12pm

Syamsul Yusof Berang, Individu Dilabel ‘Bangsat’ Lempang Pelajar Tahfiz!

Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof dilihat berang apabila sebuah video tular di laman sosial, Instagram yang memperlihatkan seorang kanak-kanak tahfiz telah dilempang ketika berada di sebuah masjid oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut Syamsul, menerusi hantaran video dilaman Instagram miliknya, beliau memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum orang ramai di luar sana mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku.

“Assalamualaikum… Maaf kalau video ini agak tak proper sebab agak sibuk sikit nak pergi kerja.

“Baru je tadi, tengok satu video, satu klip di mana saya tidak tahu dan tak pasti di manaatau apa sebenarnya yang berlaku. Tengok macam di masjid, di surau atau kelas agama, budak tahfiz pakai serban… dia pergi masuk buat kecoh dan cepuk budak tu.

“Yang tukang cepuk tu siapa? Ya Allah… Allahuakbar! Tolonglah pihak berkuasa, abang-abang polis ambil tindakan kepada bangsat ni!

“Sebelum orang Melayu, orang Islam mengambil tindakan sendiri atau boleh menyebabkan pertumpahan darah. Jadi, pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya!

“Dia ingat dia hidup… dunia ni dia yang punya??” katanya.

Sementara itu, Syamsul juga dilihat memohon agar pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka memberkas individu terbabit.

Bahkan, beliau sendiri sedar sebagai seorang muslim,  tidak boleh mengambil tindakan secara melulu namun, tindakan tegas perlu diambil buat individu yang dilabelnya sebagai bangsat.

“Saya tahu dan faham apa yang ustaz-ustaz katakan… tak boleh ambil tindakan secara melulu tapi kami kena ambil tindakan dengan individu bangsat ni.

“Kami mungkin cap ayam, kami bukanlah orang yang soleh tapi kami masih ada iman… Kami tak boleh tengok benda-benda macam ni.

“Jangan salahkan kami kalau kami jadi syaitan… ada yang berdarah nanti kang… Allahuakbar!

“Bukan takat orang Islam je, mana-mana agama pun tak boleh buat macam ni. Allahuakbar… Bangkit Semua orang! “jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Dalam hantaran sama, Syamsul juga berharap  mana-mana rakan-rakan artis yang mempunyai pengikut yang ramai agar berkongsi dan menguar-uarkan perkara ini supaya sampai kepada pihak atasan.

Untuk rekod, video yang dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai @act431_775 itu kini telahpun ditonton lebih 18,000 kali sejak ia dimuat naik sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazlin 1215 (@act431_775)

Dalam hantaran yang berlainan pula, difahamkan insiden berlaku di Pusat Tahfiz, Jalan Cheneras Batu 3, Kuala Lipis, Pahang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

CFU Bongkar Kisah ‘Ditikam’ Rakan Sendiri Dalam Single Ku Takkan Menyerah

Mereka dapat kereta mereka lari, itu yang membuatkan saya betul-betul kecewa…

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Pentas Akhir DA’I Musim Keenam, Hadiah RM 60,000 Milik Siapa?

Malam ini persoalan siapakah yang bakal bergelar Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 bakal terjawab. Pentas akhir pencarian ejen dakwah sudah tiba di kemuncaknya. Selain gelaran juara, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq),Imran Mohd Zaki (Da’i […]

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Barisan Penyanyi Hebat Tanah Air Warnai Konsert Semalam Di Malaya

Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan di pentas yang sama pada 2009 ketika menjayakan Konsert Irama Warisan diiringi MPO. Hampir sedekad tidak beraksi di situ, perasaan gementar sudah pasti ada…

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Tujuh Tahun Berkahwin,Betty Banafe Kembali Solo…

Saya anggap antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman untuk terus hidup bersama.

error: Content is protected !!