Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 1:33pm

Bermula Sebagai Pempengaruh, Kini Penyanyi… Bosswan Tampil Dengan Single Pertama ‘Biarkan Aku’

Setelah sekian lama membina nama dan pengaruh di media sosial melalui pelbagai kandungan kreatif, Bosswan kini melebarkan langkah ke bidang muzik dengan pelancaran single sulung berjudul Biarkan Aku.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer Oja yang menyiapkan karya tersebut dalam tempoh hanya seminggu. Namun begitu, pelancarannya tertangguh hampir setahun disebabkan kekangan masa.

Dalam tempoh itu juga, Bosswan telah melangkah lebih jauh apabila dipilih menyertai program realiti nyanyian dan menyerlahkan bakatnya.

Biarkan Aku membawa kisah cinta yang menyayat hati, tentang seorang lelaki yang sanggup berkorban demi cinta, namun akhirnya dikhianati oleh wanita yang dipercayainya.

Kisah ini diluahkan dengan penuh emosi dalam muzik video arahan Wanns Ahmad yang menampilkan garapan visual dramatik dan realistik, menyentuh perasaan serta dekat dengan pengalaman ramai.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lagu dan muzik video ini,” ujar Bosswan.

Gabungan jalan cerita yang kuat, lakonan yang berkesan dan sinematografi yang indah menjadikan muzik video ini antara naskhah yang harus ditonton oleh pencinta muzik tanah air.

“Kepada peminat yang setia menyokong saya sejak awal, lagu ini adalah hadiah ikhlas buat anda semua,” katanya lagi.

Dengan harapan besar, Bosswan berharap Biarkan Aku akan mendapat tempat di hati pendengar dan menjadi lagu yang mampu mengusik emosi sesiapa yang mendengarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘Salah Tetap Salah’- Krisis Kakak Buat Aprena Manrose Serba Salah

Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa…

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

’Memang Salah Saya…Saya Minta Maaf’ – Emma Maembong Mengaku Silap Gambar Buka Tudung Tersebar

Dengar tu, Emma dah minta maaf. Yang penting netizen jangan terus sebarkan gambar-gambar itu okay?

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Zayn Malik Kembali Solo

Malik, bekas anggota kumpulan penyanyi Britain, One Direction, dan Hadid, model bagi Victoria’s Secret, Fendi dan Tommy Hilfiger, tidak memberikan punca perpisahan mereka.

Trending Mon, 1 Oct 2018

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Featured Wed, 7 Jun 2023
Trending Mon, 29 Jun 2020

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Baca info ni betul-betul

Trending Fri, 22 Jun 2018

Pelik! Lelaki Nekad Pecah Rumah Hanya Berseluar Dalam

Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

error: Content is protected !!