Euforia Bola 2026
#tilljannah By: Fatin Nurain August 14, 2022 @ 12:08pm

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Setelah tiga tahun menyemai cinta, akhirnya penyanyi Aizat Amdan telah selamat bergelar suami kepada Elyssa Alia Ilias, pagi ini.

Berita gembira tersebut telah disahkan oleh pengacara Ahmad Fedtri Yahya menerusi sebuah perkongsian di Instagramnya, sekitar jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah… #aizatamdan #aizatelyssa,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Aizat telah selamat memperisterikan Elyssa yang juga merupakan pengurusnya dengan sekali lafaz.

Hasil tinjauan di Harian Metro, mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.

Menurut Aizat, dia merancang untuk membawa isterinya, Elyssa ke Tulum, Mexico sebagai tempat berbulan madu, November ini.

“Saya ada angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.

“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.

Fedtri yang juga merupakan pengacara jemputan untuk mengendalikan majlis tersebut, sempat berkongsikan suasana sekitar majlis pernikahan pasangan mempelai di A-Park, Puchong.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Aizat dan Elyssa.

“Alhamdulillah, tahniah aizat dan pasangan

“Tahniah untuk kedua mempelai..moga kekal hingga ke syurga

“Cantiknyaaaa venue, selamat pengantin baru Aizat dan pasangan,” komen warganet.

Sumber: Harian Metro & Fedtri Yahya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Jul 2025

Pempengaruh Berpakaian Wanita Dicekup JAIM Ketika Buat ‘LIVE’ Di TikTok

Lelaki berusia 25 tahun bukan sahaja ditahan malah kesemua barang miliknya turut disita.

Hiburan Thu, 20 Sep 2018
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Ratusan Peminat Sambut Ketibaan BLACKPINK Di KLIA

Are you ready girls for tonight?

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Nora Danish Sedih Netizen Kutuk Baby Ney Ney Lagi!

Status selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang dikatakan oleh netizen tentang dirinya atau keluarga. Kerana, beliau juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain malah lebih beremosi dan sensitif kerana beliau adalah orang seni

Trending Wed, 3 Jun 2020

Kini Laluan Masuk Ke Sabah Sudah Mula Dibuka

Ini pastinya berita gembira buat warga Sabah yang bekerja di Semenanjung

Events Mon, 16 Dec 2019

周金亮阿牛阔别多年再合作!鼠年春节嘉年华118引爆

配合2020年马中文化旅游年,两国将于1月18日,在吉隆坡独立广场联手主办《2020马来西亚欢乐春节嘉年华》迎接鼠年的到来。

Featured Wed, 7 Apr 2021

Adakan Konsert, Akim Ahmad Jadi Vokalis Kumpulan Search?

Kumpulan rock legenda, Search, bakal mengadakan konsert Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din […]

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

error: Content is protected !!