Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 16, 2022 @ 12:12pm

Dikecam Netizen Gara-Gara Duduk Atas Kak Long 7E, Ini Respons Baby Shima – “Daripada Duduk Atas Aliff Syukri”

Selepas dikecam gara-gara duduk di belakang Kak Long 7E yang sedang merangkak, penyanyi dangdut Baby Shima tampil memberi respons mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, penyanyi itu bersama usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dianggap membuat Kak Long 7E seperti haiwan selepas video mereka melakonkan semula babak dalam filem Musang Berjanggut itu tular di platform TikTok.

Menurut Baby Shima, lebih baik dia duduk atas wanita itu berbanding Aliff Syukri yang sememangnya akan mengundangkan lagi kontroversi dan kecaman netizen kemudian hari.

“Okey lagi tu, saya duduk atas Kak Long 7E, daripada duduk atas Aliff Syukri.

“Sebenarnya, saya dan Aliff berpakaian sekolah itu bagi menyiapkan rakaman muzik video untuk single duet terbaharu kami, Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos ini.

“Selepas rakaman muzik video selesai, kami buat pula ‘content’ Tik Tok dengan melakonkan semula satu babak filem Musang Berjanggut. Malah, penampilan Kak Long 7E dalam video itu pun bukan sebagai guru,” katanya.

Selain itu, Baby Shima menyifatkan segala kecaman tidak berasas yang diterimanya itu kebanyakannya daripada netizen yang bukan peminat dan tidak mengenali peribadinya.

“Sebelum ini, saya bergelek pun dikecam teruk. Saya adalah penyanyi dangdut dan bergelek itu perkara normal. Tapi, saya didakwa pula beraksi lucah dan sebagainya dengan bermacam hinaan serta kecaman yang dilemparkan.

“Apapun, saya dapati tindakan segelintir netizen yang selalu menghina dan mengecam ini bukanlah peminat dangdut atau peminat saya sendiri. Jika tidak, mereka pasti dah tahu saya bagaimana,” katanya lagi.

Sementara itu, penyanyi itu juga sempat berkongsikan tanggapan keluarganya selepas satu persatu kontroversinya tercetus.

Baby Shima turut meluahkan rasa bersyukur kerana keluarganya amat memahami kerjayanya sebagai selebriti.

“Keluarga tahu, saya bekerja dalam industri hiburan. Malah, mereka juga tidak ada kena-mengena dengan kritikan yang diterima. Bahkan, saya pun dah lali dengan semuanya dan tak peduli dengan kecaman netizen,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Malu Sudah Hilang…”- Bergelek Dan Terkinja-Kinja Atas Pentas, Baby Shima Buat Penonton Tertunduk Malu

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Pesanan Buat Semua Peminat Fattzura

Faz sempat berpesan, kepada sesiapa yang belum berkahwin, jangan risau kerana jodoh maut di tangan tuhan, doa yang baik-baik. Malah, rezeki pasangan ini semakin bertambah selepas berkahwin dan semoga hubungan yang dibina, kekal hingga ke syurga!

Hiburan Tue, 4 Dec 2018
Featured Mon, 7 Apr 2025

[VIDEO] “Dia Seorang Anak Yang Kuat” – Khairul Aming ‘Review’ Azfar Heri, Niat Mahu Bawa Tunai Umrah November Ini

“Dia paling masuk air tapi dibelakang tabir tu dia seorang budak yang rajin sebenarnya” – KA

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

‘Tak Apa’ – Hadiah Mya Herry Buat Mereka Yang Putus Cinta

Lagu ni sangat sesuai menjadi peneman mereka yang sedang galau.

Events Thu, 21 Dec 2023
Featured Tue, 16 Dec 2025

“Tahajjud Is Really Works On Me” – Aprena Manrose Titip Pesan Buat Individu Terpalit Masalah Hubungan

Pelakon Aprena Manrose menitipkan kata-kata penuh makna kepada individu yang sedang berdepan ujian dalam hubungan.

Featured Tue, 28 Apr 2026

Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Shila Amzah mengaku bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai anak sulung

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…

error: Content is protected !!