Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2025 @ 6:11pm

[VIDEO] “Dia Seorang Anak Yang Kuat” – Khairul Aming ‘Review’ Azfar Heri, Niat Mahu Bawa Tunai Umrah November Ini

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengaku sahabatnya yang juga seorang pempengaruh iaitu Azfar Heri merupakan seorang rakan dan anak yang baik.

Kata Aming menerusi sesi siaran langsung menggunakan akauan keduanya iaitu @Khairulamingtoo baru-baru ini, dia telah diminta untuk mengulas mengenai Azfar.

Menurutnya, meskipun sahabatnya itu seorang yang ‘lapar” perhatian, namun dia juga merupakan seorang yang rajin dan bertanggungjawab terutamanya dalam menjaga keluarganya.

“Azfar Heri ni macam kau masuk dalam kelas, ada seorang budak yang paling bising, yang paling lapar perhatian, yang paling nakal tapi kerja sekolah dia selalu siap. Result dia tinggi. Macam tu lah dia dalam circle kami.

“Dia paling masuk air tapi dibelakang tabir tu dia seorang budak yang rajin sebenarnya. So, orang yang kenal dia tahulah macam mana dia jaga family dia.

“To be honest, saya pun tak sekuat dia when it comes to nak jaga adik dia Afif dan macam mana dia jaga mak dia. Dia seorang anak yang sangat kuat. Tapi dalam masa dia masuk air juga. Itu saya risau, tapi tak apa nanti saya pulihkan dia,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azfar Herisyam (@azfarheri)

Dalam pada itu, Aming atau nama lengkapnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, berkata, dia akan membawa rakannya itu untuk mengerjakan ibadah umrah pada November depan.

Sekaligus, akan memastikan Azfar tidak akan ‘bertenggek’ ketika berada di Tanah Suci nanti.

“Kita akan bawa dia pergi Makkah untuk umrah. Bulan 11 nak pergi umrah, yang tu saya akan bawa Azfar Heri. Dia kan tengah dalam fasa insaf sekarang ni. Baru khatam al-Quran. So, dia dah graduate chapter pertama.

“Dan, chapter kedua… saya akan paksa dia pergi umrah pula. Sebab dah beberapa tahun saya pujuk dia. Jadi, tahun ni inshaa-Allah dia akan ikut tapi saya akan make sure dia tidak akan bertenggek dekat sana.

“Saya akan kawal dia bagi dia behave. Maybe akan botakkan kepala dia, tapi saya tak rasa dia nak. Apa pun, paling tidak kita akan makesure rambut dia warna hitam,” selorohnya.

@khairulamingfans_ Beg kuning @azfarheri takde yerkk @Khairulaming @khairulamingtoo ♬ original sound – Fans KhairulAming

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Trending Thu, 16 Nov 2017

摄影师母亲把自己的女儿变身成为Wonder Woman!

Mary Grace Pingoy是一位来自美国印第安纳州西北部获奖的家庭和儿童肖像摄影师。她近期帮她第一个女儿创作了一系列神奇女侠的照片拍摄。

OMG Thu, 12 Jul 2018

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Mak Cun’s Adventure mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Fiziwoo menegaskan tidak pernah menyenarai hitam mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi

Hiburan Tue, 23 Jul 2024
Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2024

Fattah Amin Tukar Profesion Jadi Ustaz?

Wah, Fattah jadi ustaz!

Trending Sun, 8 May 2022
Trending Mon, 25 Jan 2021
error: Content is protected !!