Trending By: Khairil Khusyairi August 16, 2022 @ 11:52am

‘Setiap Manusia Diberikan Ujian Pelbagai Cara’ – Umie Aida Tegur Netizen Mengenai Komen Pada Elyana

Pelakon Datin Seri Umie Aida menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana.

Hal ini susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab hingga menjadi bualan hangat wargamaya.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Umie berdoa agar Allah pelihara lisan kita dalam setiap kata-yang kita ingin sebarkan.

“Saya pernah berkerjasama dengan Elyana dalam filem Dukun. Masya-Allah, dia memang ada ‘karakter kuat’, ‘bersahaja’, merendah diri dan hormat orang. Memang tiada masalah bekerja dengan Elyana. ‘Rindu kamu’ dik.”

“Setiap manusia diberikan ujian pelbagai cara. Tidak ada manusia di muka bumi ini terkecuali. Termasuk saya. Dan Ujian diberi mengikut kemampuan hamba-Nya. Sebagai manusia kita harus ‘sokong’ semangat, emosi saudara kita.”

Jangan merasa kita sudah sempurna maka kita terus menerus memberi teguran dengan kata-kata yang memberi impak negatif hingga mengganggu jiwa manusia lain. Hormati bila seseorang sudah berkeluarga,” ujar Umie.

Dalam hantaran sama, Umie juga berharap teguran yang ingin diberikan perlu selari dengan ajaran Islam.

Adab menegur dalam Islam penuh kasih sayang. Kalau kita orang luar yang tak pernah kenal dengan orang yang kita ingin tegur, sebaiknya buat solat sunat mendoakan dia. Dia sini ujian yang lebih berat adalah kita. Sejauh mana pandangan dan tugas kita memandang hamba-Nya yang sedang diuji sedangkan Allah lagi menguji hati kita. Allahuakbar.”

Di mana akhlak kita zaman sekarang? Kita berlumba-lumba mengejar ilmu sedangkan kita tidak mengamalkan apa yang kita belajar,” ujarnya.

Sebarkan kebaikan walaupun kita bukan baik tetapi kita nak menjadi baik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan reda Allah SWT. Dan sama-sama kita berdoa dengan rahmat diberikan pengakhiran yang baik husnul khotimah. Allah pelihara hati kita dari sifat yang menjauhkan dari rahmat Allah SWT,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi lagu Kalis Rindu itu mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan kontroversi melanda dirinya.

Elyana, 35, berkata, selagi dia menjelaskan selagi itulah macam-macam cerita yang dirasakannya tidak masuk akal akan timbul.

Sumber: Umie Aida Rahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Aug 2021

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu. Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya. “Sepatutnya […]

Featured Wed, 27 Apr 2022
Trending Fri, 16 Apr 2021

Jadi Cikgu, Ben Amir Belajar Budaya Orang Asli

Mencurahkan bakti terhadap anak bangsa, pelakon Ben Amir menyelami dan mempelajari budaya Orang Asli. Melakonkan watak seorang guru, Ben mendalami karakter terbabit untuk drama bersiri Anak Sena terbitan Kembara Sufi yang bakal disiarkan di TV3 […]

Featured Sat, 22 Oct 2022

“Membesar Cepat, Mommy Tak Sabar Nak Bagi Adik” – Anzalna Nasir

Pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir memuat naik foto anak keduanya, Mohammad Emirhan yang sudah mencecah usia lima bulan, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Anzalna secara berseloroh mendedahkan dia tidak […]

Featured Fri, 17 Jun 2022

“Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Kesian anak-anak tertanya siapa bakal ibu tiri mereka. Ellie mohon Azra jangan jadi pengecut & berselindung

Featured Thu, 10 Feb 2022

Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Tapi parents kena makesure anak-anak sihat sebelum pi sekolah okay! Batuk, selsema baik #stayathome.

Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022