Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 17, 2022 @ 3:46pm

[VIDEO] Didakwa Difitnah & Diaibkan, Zarina Anjoulie Bertindak Saman Pemilik Salun – “Berbalah Dekat IG Macam Budak Kecil”

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memuat naik beberapa video di Insta Story akaun miliknya menyatakan dia telah membuat laporan polis dan memfailkan saman ke atas individu yang didakwa memfitnah dan mengaibkan dirinya di hantaran Facebook.

Menerusi video tersebut, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju telah memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis ke atas individu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

“Assalamualaikum guys, kat sini Anju nak menyatakan Anju dah pun buat report ke atas Danny Rich Saloon, Adam bin Hamil sebab dia telah memuat naik beberapa video tentang Anju… and non-stop bertujuan untuk naikkan views dia, bertujuan untuk memalukan Anju dan mengaibkan Anju,” ujarnya.

Sebelum laporan polis dibuat, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35 menyatakan dia telah berpesan kepada individu tersebut untuk berhenti memuat naik video berkaitan dirinya namun tidak diendahkan.

“Anju dah pesan kat dia tapi dia tak nak stop. Anju tak nak berbalah-balah dekat IG macam budak kecil. So, Anju ambil keputusan untuk proceed saman. Anju dah buat report,” jelasnya.

Oleh itu, Zarina ambil keputusan untuk memfailkan saman ke atas individu yang bernama Adam tersebut.

“Anju dan uncle Anju dengan doktor… ketiga-tiga kita adalah mangsa kepada Danny Rich Saloon, Adam bin Hamil. Kita semua akan pasang lawyer untuk mengambil tindakan terhadap Adam bin Hamil because to me there is no point nak bergaduh memuat naik 10 video maki-maki,” katanya.

 

 

Meninjau di profil Facebook Danny Rich Saloon, masing-masing dilihat membalas kenyataan tentang isu yang timbul ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 15 Aug 2019

Celebrate Malaysia’s National Day with Big Savings from IKEA!

Calling out IKEA enthusiasts out there! Great offers await Malaysians on this upcoming Merdeka Madness clearance in conjunction of the National Day celebration! Carlton Dance GIF from Carlton GIFs Kicking off on August 15th until […]

Trending Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

error: Content is protected !!