Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 25, 2022 @ 5:31pm

PLUS Menasihatkan Pengguna Rancang Perjalanan Balik Kampung Dan Pulang Ke Bandar Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna merancang perjalanan balik kampung dan pulang ke bandar sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Menurut PLUS, pengguna dari Lembah Klang yang akan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi pada 29 April hingga 2 Mei ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihaknya juga menyarankan orang ramai mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar serta merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada 29 April hingga 9 Mei 2022.

“Memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, kami menjangka kira-kira dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya kami.

“Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan a mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda. Jadi, kami menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar.

“Orang ramai yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi. Bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari,” kata Zakaria.

Dalam pada itu, berdasarkan kajian pihaknya mendapati pelanggan lebuh raya yang akan kembali ke Lembah Klang, dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih lama di lebuh raya sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA ini.

“Berdasarkan simulasi pola perjalanan trafik pada musim perayaan, bagi pelanggan lebuh raya dari utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempo perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempo perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

“Tempoh perjalanan dari selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempo perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9 pagi,” katanya.

TTA yang dikeluarkan PLUS juga bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

Pengguna lebuh raya PLUS turut disarankan untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.

Pelanggan lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran radio utama negara.

PLUS juga menyarankan pengguna lebuh raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi agar dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Jul 2021
Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Puteri Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang

Featured Sat, 25 Oct 2025

Linda Hashim Rimas, Penyondol Beri ‘Warning’ Jangan Ganggu Beego – “Mereka Boleh Buat Suka Hati, Tapi Jangan Ganggu Saya!”

Kata Linda, dia telah didatangi seorang wanita didakwa kekasih suaminya yang mendesak untuk mereka segera berpisah.

Hiburan Thu, 10 Apr 2025

Aprena Manrose Nafi Rumah Tangga Retak, Suami Tak Dapat Beraya Bersama Sebab Kerja

Aprena Manrose hanya merajuk dengan suami, nafi ada masalah rumah tangga

Featured Fri, 1 Apr 2022

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa..” – Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

Sebak pula mendengar pendapat Raihan mengenai isu penyanyi nasyid tersebut..

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

“Susah Kalau Wajah Sama” – Adik Mahu Jadi Pelakon, Amir Ahnaf Beri ‘Tamparan Realiti’ Dalam Dunia Seni

Amir menyimpan impian besar untuk menubuhkan syarikat produksi muzik sendiri

Trending Fri, 1 Dec 2017

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan ke pusat permindahan banjir sementara

Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

error: Content is protected !!