Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2022 @ 5:58pm

Pemilik CrackHouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Tak Adil, Kesian Periuk Nasi Orang..”

Pemilik Crackhouse Comedy Club yang telah mencetuskan kontroveri pada Julai lalu telah disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaa di mana-mana premis di tanah air.

Berita tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersepakat untuk membatalkan lesen perniagaan berkuat kuasa pada 30 Julai lalu.

“Malah kita juga mengambil keputusan untuk menyenari hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,’ ujarnya.

Susulan itu, heboh di media sosial mengenai keputusan tersebut di serata media sosial menerusi ciapan yang dimuat naik di akuan wartawan Mohd Redzuan.

Rata-rata netizen seakan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut yang dianggap tidak wajar kerana menurut mereka pemilik Crackhouse tidak bersalah dalam hal ini.

Jelas netizen, individu yang sepatutnya menerima padah yang lebih parah adalah wanita bernama Siti Nuramira atas tindakannya yang membuat kecoh dengan membuat lawak jenaka mempersendakan agama.

Segelintir daripada mereka turut berkata perkara ini sangat tidak adil kepada pemilik Crackhouse kerana dipercayai banyak membantu pelawak-pelawak untuk mencari nafkah.

Terdahulu, hangat menjadi perbualan netizen selepas sebuah video berdurasi 54 saat memaparkan Siti Nuramira, 26, telah mencalarkan agama Islam dan maruah wanita kerana bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di kelab komedi CrackHouse.

Wanita yang turut mendakwa penghafaz 15 juzuk ayat suci Al-Quran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan agama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kekasihnya, Alexander Navin, 38, turut didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan memuat naik konten jelik di media sosial pada hari sama.

Memetik laporan Kosmo, wanita tersebut dan teman lelakinya telah dibebaskan dengan membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai di Mahkamah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Artikel Berkaitan: Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Artikel Berkaitan: Selepas Digantung, ‘Crackhouse Comedy Club’ Disimbah Cat Merah, Hitam

Artikel Berkaitan: “Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Sumber: Berita Harian, Twitter Mohd Redzuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020

[TERKINI] Boleh Solat Jumaat Dengan Bilangan 40 Jemaah Di Kelantan

Alhamdulillah, semakin banyak kelonggaran

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Dah La Berkain Pelikat Jer, Hannah Delisha Kongsi Saat Cemas!

Tiba-tiba Hannah rasa geli di kaki…euwwww, apa agaknya tu?

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Liyana Jasmay Kembali Dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam

Buat para peminat LJ yang merindui lakonannya, Liyana Jasmay kini kembali dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam di slot Dahlia TV3.

Featured Thu, 8 Aug 2024

Video Kritik Lee Zii Jia Tular, Pengulas Sukan Terima Komen Kasar… Siap Sebar Aib Keluarga!

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Harap yang berlaku dijadikan pengajaran💪🔥💥

Events Fri, 18 May 2018

Sajat Dating Dengan Siapa Tu?

Untuk episod kali ini, Sajat kena menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Jojo, owner Concorde Hotel. Wah! Buat apa lah agaknya tu Sajat?

error: Content is protected !!