Euforia Bola 2026
Events By: Maya Basir August 19, 2022 @ 5:19pm

“Sila Datang Berjumpa Saya” – Alicia Amin Buat Protes di KLFW Tuntut Keadilan

Model terkenal, Alicia Amin tampil membuat protes di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) susulan isu pembayaran model yang tidak dibayar dan tidak mendapat bayaran.

Menerusi video milik @Yelamango di TikTok, kelihatan Alicia atau nama sebenar Raja Alicia Raja Amin sedang menunjuk protes sambil memegang plakad mengenai bayaran model.

“Semua model tahun ini perlu dibayar dalam tempoh satu hari.

“Kepada sesiapa yang masih belum menerima bayaran daripada Andrew dari tahun-tahun sebelumnya, sila datang berjumpa saya,” tulisnya.

@yelamango #klfw2022 #klfw22 #klfw ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Kemudian, Alicia dihalang dan diarahkan keluar dari acara tersebut oleh polis bantuan yang bertugas.

“Sudah tentu kena halau tapi kita berusaha apa yang termampu,” tulisnya di Instagram Story.

Kemudian, Alicia menjelaskan dia bergerak sendiri membuat protes kerana tidak mahu melibatkan orang lain sehingga boleh memusnahkan karier mereka.

Tambah Alicia, dia tahu bagaimana sukarnya bergelar model apatah lagi bekerja sendiri tanpa dibawah mana-mana pengurusan.

“Saya boleh membuat protes tentang ketirisan bayaran dan pada masa sama menyokong pereka fesyen yang telah membina karier saya. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

“Saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Saya lakukan kerana teringat betapa menakutkan dan sukarnya sebagai seorang model muda yang cuba untuk menyeimbangkan antara hak dan peluang untuk ditempah. Ianya sangat sukar,” jelasnya.

Alicia yang sudah bergelar model selama 12 tahun memberitahu sudah penat dengan layan buruk yang diberikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Trending Tue, 26 Nov 2019

Japan Invented A New Way Of Staying Flawless; That Is By Spraying On A New “Skin”

Japan taking beauty to another whole level, none ever thought of doing.

Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Trending Sun, 6 May 2018

Comel! Keluarga Diraja Britain Kongsi Gambar Putera Louis

Kedua-dua gambar itu diambil di Istana Kensington oleh ibunya Kate, isteri Putera William yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth.

Trending Mon, 4 Jan 2021
Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Trending Tue, 15 Sep 2020
error: Content is protected !!