Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 6, 2018 @ 2:18am

Comel! Keluarga Diraja Britain Kongsi Gambar Putera Louis

Comelnya! Keluarga diraja Britain hari ini berkongsi dua gambar rasmi pertama Putera Louis yang dilahir pada Ahad lalu. 

Satu daripadanya menunjukkan beliau dipegang oleh kakaknya Puteri Charlotte, 3. Louis, pewaris kelima takhta Britain, dilahirkan pada 23 April lalu dengan berat 3.83 kilogram.

Kedua-dua gambar itu diambil di Istana Kensington oleh ibunya Kate, isteri Putera William yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth.

Gambar pertama, yang menurut istana diambil 26 April lalu, menunjukkan Louis bersandar pada sebuah bantal putih, memakai ‘jumper’ putih dan seluar.

Gambar kedua yang diambil pada 2 Mei lalu ketika ulang tahun kelahiran ketiga Charlotte, menunjukkan puteri itu memegang adiknya yang sedang tidur dengan penuh kasih sayang.

Pegawai istana berkata, Louis tidak akan menyertai ahli keluarganya di majlis perkahwinan bapa saudaranya Putera Harry dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle pada 19 Mei ini.

Sumber: Agensi 

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang

Featured Mon, 21 Jul 2025

Selepas Mona Lisa, Alpha Terus ‘Meroket’ Dengan Single Kedua “P. Ramlee & Saloma”

Single pertama Mona Lisa sahaja dah cecah 250,000 tontonan di Youtube.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Tue, 7 Oct 2025

“Pergerakan Kami Sedang Diperhatikan” – Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Dalam Bahaya

Pergerakan mereka termasuklah anak-anak sedang diperhatikan oleh golongan yang dilabel sebagai tali barut pihak Isr**l yang kini berada di Malaysia.

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Kenangan Raya Zaman Kecil Jadi Inspirasi Lagu Raya Pertama Zazzleen Zulkafli Berjudul ‘Raya Datang Lagi’

Zazzleen Zulkafli tampil dengan lagu raya berjudul Raya Datang Lagi yang diinspirasikan daripada kenangan manis sambutan Aidilfitri ketika zaman kanak-kanaknya.

Trending Tue, 14 May 2024
error: Content is protected !!