Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 1, 2025 @ 9:30pm

Madam Mariyah Kesal Bekas Suami Lafaz Cerai Ketika Live TikTok – “Saya Bukan Perempuan Gila! Sampai Sekarang Orang Hina Saya”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madam Mariyah mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan bekas suaminya, Mr S, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, semalam.

Wanita dengan nama sebenar Mariyah Yaakob itu hadir ke mahkamah ditemani pembantu peribadi serta peguam bagi prosiding perceraian.

Mariyah memberitahu, mereka terkejut apabila Mr S muncul bersama dua pengawal peribadi, ahli keluarga serta saudara mara, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar lapan orang.

“Sedangkan saya hanya datang dengan pembantu peribadi dan peguam. Peguam saya pun terkejut bila nampak dia hadir bersama bodyguard dan keluarganya sekali. Kami sah bercerai dengan talak satu, bukannya talak tiga atau talak 10 seperti yang diperkatakan orang ramai.

“Peguam saya sudah kemukakan tuntutan melibatkan hak penjagaan anak-anak, nafkah edah dan mutaah. Tetapi pihak Mr S enggan bersetuju dengan apa-apa yang diminta. Katanya, prosiding semalam hanya untuk pengesahan perceraian semata-mata.

“Saya berniat untuk selesaikan semua sekali gus, supaya tidak perlu datang berkali-kali ke mahkamah. Lagipun masa saya agak terhad. Tetapi dia minta supaya semua perkara lain difailkan kemudian,” jelas Mariyah kepada XTRA.

Mariyah yang ditemani anak pertamanya, Ezuan Hafsham bertemu pemberita di sidang media di Bukit Bintang, sebentar tadi.

Terdahulu, Mariyah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya diceraikan secara langsung menerusi siaran di platform TikTok pada 7 Ogos lalu.

Ketika itu, Mr S meninggalkan komen berbunyi, “Dengan nama Allah, Mariyah binti Yaakob, aku ceraikan kau.”

Tambah Mariyah, dia kesal kerana suami meninggalkan komen menceraikannya ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok dan perkara terbabit menjadi mainan orang.

“Saya kesal dia ceraikan saya semasa saya sedang ‘live’ dan ayat itu sekarang ini menjadi mainan orang. Netizen meninggalkan komen serupa sewaktu saya sedang berniaga live di TikTok dan ia menjadi bahan ejekan orang.

“Dia dah tabur pasir dalam periuk nasi saya. Jika dia seorang yang ‘gentleman’, dia boleh bertemu saya secara baik dan beritahu dia mahu ceraikan saya. Saya bukannya perempuan gila, saya usahawan.

“Tapi kenapa dia sebagai seorang lelaki, tak gentleman, ceraikan isteri ketika live? Sampai sekarang orang hina saya,” katanya.

Walau diuji dengan pengalaman getir itu, Mariyah kini mahu menutup lembaran lama dan terus melangkah ke hadapan. Dia yang kini menubuhkan syarikat Auramaria bertekad untuk mencapai kejayaan melalui produk kopi keluarannya, Che’lims.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 May 2019
Featured Fri, 20 Aug 2021

Agong Perkenan Lantik Ismail Sabri Perdana Menteri Ke-9

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, […]

TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Penampilan Didakwa Terlalu Ketat, Watie Hanifiah Terima Teguran Netizen

Baju didakwa terlalu ketat. netizen tegur Watie Hanifiah

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Tanya Soalan Kepada Bekas Isteri, Aliff Aziz Didakwa Cari Publisiti?

Apapun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

error: Content is protected !!