Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 27, 2024 @ 3:12pm

Menang Anugerah Dipertikaikan Netizen, Ini Respons Melly Goeslow – “Saya Hargai Perbezaan Pendapat”

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow tidak kisah dengan kata-kata netizen yang mempertikaikan kemenangannya merangkul Anugerah Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2023.

Menurut Melly, dia menerima secara terbuka segala kritikan dan menghargai perbezaan pendapat.

“Saya kurang tertarik untuk berfikir mengenai perkara itu (kecaman). Pada saya secara peribadi, saya terbuka orangnya.

“Saya membuka diri untuk perkara baharu dan perkara yang berbeza dengan orang lain. Ini kerana saya juga harus menghargai perbezaan pendapat.

“Di Indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberikan kepada artis luar negara termasuklah dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.

“Keterbukaan di semua tempat harus diraikan untuk kita dapat berekspresi lebih luas lagi,” katanya bersama suami, Anto Hoed semasa ditemui di Sidang Media Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Melly memberitahu dia tidak membaca komen-komen netizen dan hanya fokus dalam berkarya sahaja.

“Saya tak baca komen. Saya berkarya sahaja. Yang pasti, dalam kehidupan ini, saya boleh kawal apa yang keluar dari diri saya baik dari segi kehidupan, kerjaya dan lain-lain.

“Tetapi, orang lain kita tak boleh kawal. Pada saya, selama apa yang saya lakukan itu benar dan menginspirasi kepada banyak orang, Insya-Allah akan datang perkara yang baik juga,” ujarnya.

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends akan diadakan pada 1 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan membawakan konsep Hari Graduasi.

Foto kredit: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

#RoadToAJL37: Taburan ‘Hujan’, Lontaran Vokal Dua Generasi… Ini Antara Trivia Finalis Gabungan ‘Meletop’ Sepanjang AJL

Fuhhhh, hebat hebat kan pasangan duet AJL kita! Paling epik hujan turun membasahi pentas Axiata 🤩🤩 Yang mana satu fav korang?

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Events Fri, 11 Mar 2022
Trending Fri, 19 Jun 2020
Hiburan Sun, 7 Oct 2018

ABPBH31: Adakah Nana Bakal Ulangi Kejayaan Tahun Lalu?

Tercalon dalam empat kategori malam ini, good luck Nana! Kalau ada rezeki, Insya Allah tak ke mana ya!

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

error: Content is protected !!