Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 12:24pm

Bukan Drama! Mahu Buka Lembaran Baharu, DSV & Iqbal Zulkefli Berdamai

Setelah hampir setahun bermasam muka dek kerana kontroversi lalu, akhirnya sengketa antara dua usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) dan Iqbal Zulkefli terlerai.

Menerusi perkongsian di Instagram, DSV telah memuat naik sebuah video pertemuannya bersama Iqbal yang saling bermaafan dan menjernihkan ketegangan yang berlaku antara mereka.

“Dengan segala kontroversi yang berlaku antara saya dengan Iqbal biarlah berlalu dan buka lembaran baharu.

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada perancangan Allah yang lebih baik. Setiap apa yang berlaku saya reda, berserah dan saya harap pertemuan kali ini dapat memperbaiki kembali jalinan ukhwah yang telah lama terbina.

“Saya maafkan segala kesilapan dan masing-masing perbaiki diri. Saya nak berbaik dengan semua orang semua rezeki saya semakin lancar,” tulis DSV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Dalam pada itu, Iqbal juga turut memuat naik videonya yang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama usahawan kosemtik itu.

Menurut Iqbal, dia nekad untuk mengalah dan menyatakan perjumpaan tersebut bukanlah satu lakonan atau drama yang direka-reka oleh mereka demi marketing.

“Ada yang ingat ini drama buat-buat? Untuk marketing? Tidak sama sekali. Jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisah saya dengan Dato Seri Vida pernah viral.

“Cuba baca, kenyataan saya tetap tidak berubah. Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?

“Saya takut jadi fitnah lain kan dikata saya datang bawa sihir, saya rekod awal-awal hal sebenar. Apapun komen baik buruk, pendapat kalian, saya terima,” tulis Iqbal.

Menjengah ke ruangan komen Instagram DSV, perkongsian tersebut disambut dengan pelbagai pelbagai respons dari netizen yang rata-ratanya senang hati dengan pertemuan itu dan berharap mereka kekal berjodohan.

Namun, di ruangan komen Iqbal pula ada yang memuji kematangan kedua-dua usahawan itu dalam memulihkan kembali hubungan baik mereka.

“Syukur, Alhamdulillah suka tengok sikap kematangan keduanya.. Allah izinkan untuk bersahabat kembali, semoga ikatan persahabatan keduanya kekal hingga ke jannah.

“Jadilah seorang yang pemaaf dan berlapang dada walau dalam apa jua situasi dan keadaan. Semoga lebih berjaya dimasa hadapan buat kedua-duanya,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, DSV dan Iqbal pernah dikhabarkan bakal menikah pada tahun lalu, namun hajat mereka tidak kesampaian selepas berdepan dengan pelbagai kontroversi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMERICAN IDOL CONTESTANT LEAH LABELLE AND HUSBAND RASUAL BUTLER DEAD AFTER CAR CRASH

Former American Idol contestant Leah LaBelle and her husband ex-NBA player, Rasual Butler, have died after an early morning car crash.

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Aaron Aziz Untuk Isteri!

dia sama sekali tidak menyangka pertemuan pertama kali dengan Diyana bukan sahaja merupakan permulaan dalam karier seni malah permulaan jodoh mereka. 

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua!

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Tunku Hanis Bengang Dituduh Popular Kerana Guna ‘Kabel’?

Uish, siapa tuduh Tunku Hanis guna ‘kabel’ tu? Tak baik tau!

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

Amir Masdi Pertaruh ‘Sengaja’ Hasil Ciptaan Hang Nadim & Bunga Cantik

Fuh kolaborasi mantap Amir Masdi bersama komposer hebat

error: Content is protected !!