Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops May 18, 2020 @ 6:00pm

Anak tidak mahu cerai lampin, ibu bapa tolong jangan paksa

Selain keterujaan saat melihat si kecil sudah mula pandai berjalan, ibu bapa pasti turut gembira apabila melihat anak sudah mampu menggunakan tandas dan tidak bergantung pada pemakaian lampin pakai buang lagi.

Tidak dinafikan melatih anak ke tandas pada usia yang awal juga mampu menjimatkan kos pembelian lampin pakai buang, mengajar anak lebih berdisiplin dan berdikari.

latih anak jangan pakai lampin

Kredit gambar: Today’s Parent

Menurut Dr Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan Lepas Pulau Pinang, ibu bapa tidak boleh memaksa anak untuk melakukan latihan tandas jika mereka masih belum bersedia. Hal ini bukan sahaja mampu memberi tekanan kepada si kecil, malah juga kepada ibu bapa kerana tertekan dengan sikap tantrum anak yang tidak mahu melakukan latihan tandas.

latih anak jangan pakai lampin

Kredit gambar: Verywell Family

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak mungkin sudah bersedia memulakan latihan tandas seawal usia dua tahun dan ada juga kebanyakannya mampu bercerai lampin ketika usia empat atau lima tahun.

Oleh itu penting bagi ibu bapa untuk melihat kesediaan atau kemampuan anak sendiri kerana tidak semua kanak-kanak mampu bercerai lampin seperti lingkungan umur yang ibu bapa impikan.

Jangan kerana mahu bersaing atau rasa tertekan kerana anak orang lain sudah tidak memakai lampin pakai buang, ibu bapa memaksa dan mendesak anak sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental mereka.

Berikut antara panduan penting yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan latihan tandas:

latih anak jangan pakai lampin

Kredit gambar: Super Simple

1. Pastikan anak sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bercerai lampin.

2. Latihan tandas adalah satu tugasan yang besar buat kanak-kanak, justeru jangan tergesa-gesa melakukannya kerana tidak semua kanak-kanak bersedia pada peringkat umur yang sama.

3. Latihan tandas sesuai dilakukan jika anak sudah pandai berkomunikasi, menukar baju dan menanggalkan seluar sendiri.

4. Jangan sesekali paksa atau marah anak untuk tidak memakai lampin pakai buang kerana kesediaan itu akan datang dengan sendiri jika anak sudah betul-betul bersedia.

latih anak jangan pakai lampin

Kredit gambar: Money Crashers

5. Kebiasaannya, kanak-kanak akan menunjukkan tanda-tanda jelas kepada ibu bapa bahawa mereka sudah bersedia untuk mencuba menggunakan bilik air sendiri.

6. Selain anak, ibu bapa juga perlu bersedia untuk melatih anak ke tandas. Menurut Dr Rahim, latihan tandas memerlukan beberapa minggu dan bulan sebelum anak betul-betul bersedia melakukannya, justeru ibu bapa perlu merancang masa yang sesuai agar dapat memberi tumpuan yang konsisten kepada anak. Ibu bapa juga perlu banyak bersabar dalam tempoh percubaan itu.

latih anak jangan pakai lampin

Kredit gambar: Paper Pinecone

7. Akhir sekali, didik anak dengan positif dan beri dorongan serta sokongan kepada anak agar mereka lebih bersemangat untuk memulakan latihan tandas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 May 2023
Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Tue, 11 Jun 2024
Events Fri, 12 Jun 2026

Himpun 6 Artis Popular Tanah Air, Spotlight KLCC Series Angkat Konsep Konsert Premium

Spotlight KLCC Series bakal dihangatkan dengan persembahan showcase lebih intim

Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

error: Content is protected !!