Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain August 23, 2022 @ 6:14pm

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Pelakon Jasmine Suraya Chin mendedahkan hasratnya untuk mendalami ilmu berkaitan agama Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menurut Jasmine, dia menyifatkan tindakannya untuk mendalami Islam itu adalah sesuatu yang peribadi buat dirinya dan tidak ada niat untuk dihebohkan.

“Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat.

“Apa boleh saya kata, saya ingin tahu sejak beberapa tahun ini. Saya pun melalui isu peribadi dan jemputan itu datang tanpa disangka. Seorang kawan ajak saya kerana dia tahu saya tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut.

“Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tak stabil. Mungkin asal-usul saya agak bercelaru dan tidak seimbang, itu yang saya rasa,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Jasmine turut menyatakan kehadirannya di majlis ilmu Hijrah Cinta yang dianjurkan oleh selebriti Neelofa itu dibuatnya secara senyap-senyap.

Malah, pelakon wanita itu turut memaklumkan pada awalnya dia tidak tahu intipati majlis tersebut berkisarkan tentang nabi kerana beranggapan ia berkaitan tentang kisah cinta.

“Saya rasa ia cukup menarik dan saya pergi. Menariknya, beberapa kisah yang ustazah kongsi ketika itu sangat berkaitan dengan diri saya.

“Sebenarnya saya tak nak orang tahu saya pergi. Sepanjang majlis pun saya pakai pelitup muka dan ramai tidak cam meskipun ramai sebenarnya kawan saya hadir ketika itu. Saya pun tak berani nak tegur mereka. Saya enggan tonjolkan diri,” katanya.

Selain itu, Jasmine turut meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila kehadirannya ke majlis itu disedari oleh rakan-rakan yang mengenalinya.

“Sangat menggembirakan juga apabila Neelofa alu-alukan saya dan minta saya kongsi kalau ada apa-apa termasuk persoalan. Ia satu perasaan yang cukup tenang.

“Ada perkara yang dikongsi ustazah juga cukup menyentuh saya. Saya tak pernah percaya mengenai sebarang petunjuk. Tapi saya bertanya kepada kawan, adakah itu satu petunjuk?” katanya.

Terdahulu, Neelofa juga berkongsi rasa terharu apabila majlis itu dihadiri oleh pelakon jelita itu dan menjadi orang yang terakhir pulang meninggalkan acara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Wed, 6 May 2020

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Bila udang bersih, nak buat tomyam pun sedap

Trending Sat, 7 Apr 2018

‘Pergi’ Penuh Gaya, Jutawan Dikebumi Dengan Barang Kemas Mahal!

Bukan hanya barang kemas sahaja yang diletakkan bersama mayat berkenaan tetapi juga sepasang kasut berjenama Timberland turut ada. Dasyat ni!

Featured Sun, 24 Dec 2023

Ibu Kandung & Teman Lelaki Ditahan, Beri Bayi 16 Bulan Dadah

Allahu, apa teruk sangat manusia sekarang ni tak ada hati perut!😡

Featured Wed, 8 Nov 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

error: Content is protected !!