Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 27, 2020 @ 5:00pm

“Pantang Mual Je Mengandung…”- Nad Zainal Nafi Sedang Hamil

Tindakan pelakon Nad Zainal memuat naik video sedang menahan muntah mengundang spekulasi netizen sama ada pelakon  yang popular melalui drama bersiri Bukan Bidadari itu  sedang berbadan dua. 

Namun, ia pantas dinafikan oleh Nad melalui Instagram Storynya. 

“Pantang mual je mengandung ya…penat pun mual, tekanan darah rendah pun mual tau.. Hahaha Terima kasih..tapi saya okay,” tulis Nad. 

Video yang dimuat naik  oleh Nad menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya pada Ahad lepas, jelas menunjukkan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia binti Zainal Abidin sedang mual dan menahan diri dari muntah. 

“Baru nak acah-acah jadi pengacara program makanan.. Tak tau kenapa badan Nad hari ni tak berapa sedap. Doakan moga sihat-sihat saja.

“InsyaAllah nanti Nad update apa yang patut ya.” tulis Nad sebagai kapsyen.

Memetik laporan BH Online, isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin ini menafikan yang dia sedang hamil dan kesihatannya dalam keadaan baik. 

“Saya tak ada masalah kesihatan, mengandung pun tidak.  Ia hanya mual biasa. 

“Apapun, saya menerima doa yang baik-baik. 

“Saya tak pernah merancang, malah menantikan kehadiran cahaya mata kedua,” katanya kepada BH Online.

Menerusi IG Story Nad, nampaknya suami Nad juga bersetuju jika mereka diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

Pasangan yang bernikah pada 18 Disember 2015 ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia empat tahun. 

Kredit Foto: Instagram @nad.zainal

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tony Eusoff Akui Banyak Belajar Selepas Bebas Dari Penjara

Mengakui kehidupannya sebelum ini bagaikan neraka, Tony Eusoff terus bangkit tanpa menangisi keslapan lalu.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Featured Wed, 27 Mar 2024

Didakwa Jalin Hubungan Songsang Dengan Rakan Baik, Mimi Fly Perjelas Status Diri

Haaa, siapa cakap Mimi songsang tu baik minta maaf siap-siap!😱

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu.

error: Content is protected !!