Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2022 @ 7:49pm

Single ‘Dahlia’ Raih 70,000 Tontonan Di YouTube, Nashrain Tampil Dengan Peluang Kedua

Walaupun namanya tidak segah bintang baharu lain, penyanyi Nashrain diberikan peluang kedua oleh label rakaman terbaharu tanah air, Armani Entertainment Group (AEG).

Pernah tampil dengan album penuh selepas menyertai program realiti MyStarz LG musim kedua yang bersiaran di TV3 pada 2009, Nashrain kini kembali dengan single terbaharu berjudul Dahlia hasil ciptaan Anas Amdan.

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada. Selain itu, platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” katanya.

Semenjak dilancarkan pada 29 Julai lalu, single Dahlia kini sudah meraih lebih 70,000 tontonan di YouTube dan rata-rata peminat memberi respons yang sangat memberangsangkan terhadap lagu ini.

“Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Walaupun masih baru saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata.

”Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut tentang single tersebut, Nashrain berkata, ia sememangnya mempunyai signifikasi yang istimewa dalam hidupnya.

“Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana Covid-19.

“Ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita,” katanya.

Sementara itu, Nashrain juga memaklumkan beliau tidak mengejar kemasyhuran semata-mata tetapi, keikhlasan dalam berkarya dan menghasilkan lagu yang mampu menembusi pasaran luar merupakan target utamanya.

“Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan bukan nombor satu. Jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat.

“Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar,” ujarnya.

Untuk makluman, lagu Dahlia kini sudah boleh dimuat turun di iTunes.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Featured Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

陈威全暌违五年全新专辑!容祖儿跨刀首次合唱情歌

陈威全暌违五年全新专辑《你想成为什么样的人》,找来香港天后容祖儿首次合唱情歌。

Hiburan Tue, 22 Oct 2019

Pertama Kali Tukar Lampin Anak, Kaka Azraff Tak Dapat Tahan Rasa Bangga!

Penyanyi Kaka Azraff tidak dapat menahan rasa bangganya apabila suaminya, Adam Azriff berjaya menukar lampin cahaya mata sulung mereka, Aslan dan dia telah berkongsi dengan peminatnya dengan memuat naik video yang dirakamkan di akaun Instagram.  […]

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

黄浚维授勋神山效忠星章!沙洲首华裔男歌手获殊荣

黄浚维授勋神山效忠星章,成为沙巴洲首位华裔男歌手获殊荣。

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

error: Content is protected !!