Featured By: Fatin Nurain August 24, 2022 @ 4:12pm

Pikul Amanah Besar TUDM, Adi Putra Akui Sukar Bawa Imej Tentera

Pelakon Datuk Adi Putra mengakui dirinya memikul amanah yang besar ketika menyarung seragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Menurut Adi, dia perlu mencari cara untuk meyakinkan penonton untuk membawakan watak sebagai seorang pegawai TUDM.

“Cabaran terbesar selain lakonan seperti yang saya kongsi tadi adalah dimana saya menyarungi seragam TUDM.

“Bagi saya bukan mudah untuk menyarung baju TUDM kerana baju TUDM ni adalah satu amanah yang besar, seragam yang besar kerana ia adalah penjagaan benteng negara.

“Bagi saya itu yang sangat-sangat mencabar kerana sebagai seorang pelakon bukan sahaja kita nak tumpukan daripada segi sudut lakonan, tapi bagaimana kita nak meyakinkan yang kita adalah salah seorang pegawai TUDM,” katanya.

Selain itu, pelakon itu juga mendedahkan setiap pelakon filem itu perlu terlibat dengan latihan intensif sebelum penggambaran dijalankan.

“Intensif sebelum kita mula penggambaran filem Air Force The Movie ni kita ada latihan di Jugra, dan latihan ni mendidik kita sebagai seorang recruit, apakah prosedurnya, pantang larangnya.

“Itulah yang harus diterapkan bila kita membawa watak sebagai pegawai di TUDM. Jadi imej itu harus ada persamaan di luar untuk meyakinkan mata dan mata hati tak sama. Tapi itulah yang paling mencabar,” katanya.

Pendedahan itu telah dikongsikan oleh Adi Putra ketika ditemui di Majlis Pra Tonton dan Sidang Media Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, baru-baru ini.

Biarpun sering tampil berlakon dalam filem aksi, Adi tetap menyifatkan segala latihan yang dijalankan ketika di Jugra tidak mudah.

Malah, dia turut menyifatkan kecederaan yang diterima sepanjang sesi latihan dan penggambaran sudah menjadi kebiasaan buatnya sebagai pelakon genre tersebut.

“Bagi saya tak ada benda yang mudah dan latihan sangat susah, keletihan, keringat, dan membawa senjata tu dah ada muatan dan beratnya sendiri jadi bagi saya bukan mudah.

“Cedera perkara yang biasa bila kita melibatkan diri dalam filem aksi dan bagi saya satu penghormatan dan penghargaan yang besarlah bagi saya,” kongsinya.

Selepas menerima kejayaan yang luar biasa menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Adi Putra turut berharap filem Air Force ini turut mendapat kutipan yang baik daripada masyarakat.

“Harapan pun sama besar seperti filem Mat Kilau, sebab sampai bila lagi kalau kita tidak ada harapan besar untuk filem-filem kita untuk mendapat kutipan yang baik sebab kita ada kualitinya.

“Jadi harap filem Air Force ini mendapat kutipan yang baik, sokongan yang baik, hati yang terbuka oleh semua masyarakat dan mudah-mudahan juga daripada anak-anak menyukai seragam TUDM ataupun ATM dan keseluruhannya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 14 Aug 2022
Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]

Hiburan Tue, 15 May 2018

Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya…

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Tahniah…Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketiga

Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya ] mata perempuan nanti.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

WARIS DIFITNAH HINA MUZIK UNDERGROUND

Peminat muzik underground melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri

Fab Foodies! Wed, 1 May 2019

McDonald’s Ramps Up Drive-Thru Business to Suit Consumers’ On-the-Go Lifestyles

It’s easier to buy food now without getting out of our cars.