Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom September 19, 2019 @ 4:00pm

Anak bebal, salah satu sebabnya mak ayah suka marah-marah!

Tugas sebagai ibu sememangnya menjadi tanggungjawab setiap wanita yang berkahwin dan memiliki anak yang mana ada pelbagai cabaran serta ujian perlu dihadapi dalam usaha membesarkan anak yang dilahirkan.

Ada ibu yang dikurniakan anak yang menurut kata, tidak nakal serta bijak, namun ada juga ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak yang tidak mahu mendengar kata, terlalu aktif atau dalam erti kata lain disebut nakal atau bebal.

Apabila berhadapan dengan situasi anak nakal atau bebal, tentunya situasi sedemikian membuatkan wanita hilang sabar dan kemudian berasa kesal kerana memarahi si anak tanpa berfikir panjang. Melainkan ibu bapa yang tidak berhati perut, ada yang secara sengaja mendera emosi anak walaupun anak itu tidak bersalah.

Tidak mustahil ada juga ibu bapa menjadikan anak sebagai tempat melepaskan amarah dan lebih memburukkan keadaan, bertindak mendera darah daging sendiri.

Bercakap mengenai topik ibu bapa yang gemar menggunakan pendekatan mengherdik dan memarahi anak ini, mereka boleh dikategorikan sebagai ibu bapa yang tidak mempunyai skil untuk mengawal diri bila berdepan dengan si kecil atau anak remaja yang sebenarnya memerlukan bimbingan.

Maka terpacul kata-kata dengan elemen maksud yang sangat besar dan kuat, ibarat dentuman bom terhadap diri anak sehingga nak terus berhenti membuat apa yang dilarang serta merta. Apabila senario ini berlaku, ramai ibu bapa menyangka tindakan itu sangat efektif kerana maklum balas yang diterima adalah serta-merta.

Justeru itu, ramai yang mengamalkan kaedah ini dan menjadikan kaedah marah itu sebagai cara untuk mengawal anak yang tidak tahu duduk diam dan sering bertindak mengikut cara sendiri.

Lebih menyedihkan, ada yang menggunakan alasan ini untuk meyakinkan diri bahawa perbuatan marah-marah terhadap anak adalah okay. Biasanya alasan yang kita dengar, “saya marah anak sebab saya sayangkan dia. Saya tidak mahu dia buat silap!”

Ketahuilah, tidak salah memarahi anak, terutama apabila keadaan memaksa agar si anak tidak meneruskan perbuatan yang bakal merosakkan dirinya dan keluarga termasuk orang ramai. Apa yang salah ialah apabila cara didikan kita hanyalah dipenuhi dengan sikap ‘marah-marah.’

Foto: dreamstime

Impak didikan akibat gaya marah-marah

Bila anak berada dalam situasi yang ragu-ragu terhadap keselamatan dirinya sendiri, tenaga di otak anak akan beralih ke bahagian otak yang paling bawah, iaitu Otak Reptilia atau Otak Takut.

Ada 3 jenis respon sahaja. Lari, lawan atau lembik kaku

Jika anda bernasib baik, anak akan bertindak sekadar melarikan diri atau melawan sahaja, tetapi jika masuk kepada lembik kaku, inilah situasi di mana anak itu boleh menjadi gagap, tidak berani berfikir, tiada keyakinan diri dan hilang kemahuan untuk melakukan sesuatu termasuklah belajar.

Apabila diajar, dia akan berasa takut dan sangat malas untuk belajar kerana bimbang memikirkan dia tentunya akan dimarah lagi.

Implikasi daripada malas belajar, pelajaran anak akan semakin merosot dan sukar menghadam ilmu yang diajar dengan baik. 

Jika anda mengenal pasti diri seseorang yang baran atau mempunya sikap suka marah-marah, muhasabahkan diri anda. Anda tidak dilahirkan baran begitu. Pasti ianya mempunyai kaitan dengan cara anda dibesarkan dan oleh kerana itu anda mempraktikkannya kepada anak-anak.

Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi hal ini. Menggelarkan diri sendiri sebagai baran juga bukan satu tindakan yang bijak kerana ia hanya menguatkan identiti yang memusnahkan hidup anak-anak anda.

Belajarlah untuk menjadi sabar. Menjadi sabar ini juga kemahiran yang membentuk sahsiah diri yang murni sekali gus menjadi teladan kepada anak-anak.

Foto: curiousworld

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 14 Nov 2019

Terlebih guna ‘gadget’ terbukti boleh bantut perkembangan otak kanak-kanak

Skil kemahiran membaca anak ini tidak akan berkembang.

Featured Tue, 4 May 2021

Isu Rentas Negeri Ke Nilai, Neelofa & PU Riz Beri Keterangan Kepada Polis Hari Ini

Berikutan tular isu rentas negeri melibatkan usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini. Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk […]

Featured Fri, 1 Apr 2022

UiTM Memutuskan Profesor Dr Roshana Takim Untuk ‘Berehat’ Daripada Tugasan Pengajaran Mulai 1 April 2022

Pensyarah berkenaan direhatkan sehingga siasatan lengkap dibuat oleh pihak UiTM

Featured Sat, 9 Aug 2025

Isteri Aliff Syukri Kongsi Kisah Seram, Pintu Bilik Tiba-Tiba Terbuka Tepat Pukul 4 Pagi

atin Shahida berkongsi kisah seram yang dialaminya menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Thu, 23 Oct 2025

“Kita Ada Misi Penting Dari Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang…” – Zizi Kirana

Zizi juga menegaskan fokus sekarang adalah bercerita dan tidak bisu mengenai isu saudara kita di bumi Palestin.

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Semoga Ini Yang Terakhir” – Gara-Gara Nyanyian ‘Sumbang’, Netizen Tak Mahu Keisya Levronka Datang Malaysia Lagi?

Eh, kenapa netizen tak bagi Keisya nyanyi lagi kat Malaysia? Sumbang sangat ke nyanyian Keisya masa AIM 23 haritu? Hmmm 🥲

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

error: Content is protected !!