Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 24, 2022 @ 8:30pm

“Please Buat ‘House Tour’” – Netizen Teruja Tengok Rumah Wany Hasrita

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, penyanyi, Wany Hasrita sekali lagi menjadi perhatian warganet.

Sebelum ini, Wany Hasrita pernah berkongsi bahawa dia sudah memiliki rumah idamannya.

Terbaharu, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita ada memuat naik satu hantaran video di laman IG mengenai perkembangan kediaman 2 tingkatnya itu.

Video itu memaparkan dekorasi rumahnya yang kini sudah siap sepenuhnya. Antara bahagian rumah yang dipaparkan ialah ruang tamu dan ruang dapur.

Melihat daripada video itu, hiasan dalaman bagi ruang tamu sangat kemas dan elegan dengan pengcahayaan lampu yang tenang.

Menurut Wany, dia sangat obses dengan rekaan hiasan dalam rumahnya itu. Wany juga menyukai konsep ala-ala ‘bali’ kerana ianya memberi ketenangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Perkongsian Wany kini telah meraih lebih 200,000 tontonan dan hampir 14,000 tanda suka.

Rata-rata peminat memuji kecantikan dalaman rumah Wany ini. Ada juga yang meminta penyanyi popular itu untuk membuat ‘house tour’.

Sumber: Instagram Wanyhasrita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 May 2024
Trending Fri, 26 Mar 2021
Trending Sat, 4 Aug 2018

Kena Kecam Akibat Buang Sampah

Zaman sosial media sekarang nie pantas dalam menyebar berita dan aksi yang dilakukan . Buang sampah di tanah kenapa tidak di dalam tong sampah yang disediakan

Featured Tue, 20 Jun 2023
Events Thu, 20 Mar 2025
error: Content is protected !!