Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 20, 2025 @ 1:28pm

Wang Hilang Ketika Bercuti Di Korea, Zulin Aziz Berlapang Dada – “Saya Halalkan, Moga Dijumpai Mereka Yang Memerlukan”

Pelakon Zulin Aziz berlapang dada apabila berdepan insiden kehilangan dompet yang menyebabkan dirinya kerugian sejumlah wang ketika bercuti di Korea Selatan Disember lalu.

Kata Zulin ketika ditemui XTRA,  kejadian itu berlaku akibat kecuaiannya sendiri.

Namun, dia menghalalkan wang tunai tersebut dan berharap individu yang menjumpai dompetnya itu adalah mereka yang memerlukan.

“Saya  hanya mampu bersangka baik. Halalkan dan berharap duit itu dijumpai oleh orang yang memerlukannya.

“Lagipun saya percaya Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

“Jadi, saya sudah ikhlaskan,” katanya.

Zulin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Temasya Komedi Rakyat yang berlangsung di Ruema Cafe, Kuala Lumpur pada Isnin.

Meskipun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang dialaminya, namun Zulin bersyukur kerana hanya wang tunai yang telah dikeluarkan sahaja yang hilang.

Bahkan, dia masih boleh menampung perbelanjaan di sana menerusi sistem pembayaran digital seperti Apple Pay.

“Jumlah wang yang saya bawa agak banyak kerana saya telah asingkan untuk membayar makanan, penginapan dan pengangkutan.

“Mungkin kerana ada wang tunai, jadi orang yang ambil itu terpesona.

“Mujur saya ada Apple Pay, itu yang bantu saya semasa di Korea kerana kad bank semua sudah hilang.

“Alhamdulillah,  kehilangan dalam bank juga tak ada, cuma wang tunai itu sahaja.

“Saya keluarkan wang itu pun kerana ramai yang berpesan supaya bawa duit lebih duit untuk elak masalah ketika berada di imigresen. Tak sangka pula lain jadinya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Johan As’Ari Teman Iqram Dinzly Menari Jadi Isu

video tarian itu pula dibuat hanya suka-suka tidak sangka pula ianya tular di sosial media

Trending Wed, 13 May 2020

Tidak Pernah Keluarkan SOP Ziarah Beraya – MKN

Hati-hati dengan berita palsu guys..

error: Content is protected !!